Wednesday, November 19, 2014

.::Puding Roti Citrawarna::.

Alhamdulillah.
Siap jugak puding roti.
Blender rosak.
Terpaksa guna mixer.
Jadi roti tidak berapa hancur.

Resepi ini saya dapat dari group Resepi Ringkas.
Tapi saya alter sedikit.

Cara saya;

Bahan-bahan
1. 20gm agar² bertali masak bersama 900ml air n letak daun pandan.
2. *600ml susu segar/susu cair/ bancuhan susu tepung.
3. *Secawan susu pekat- saya kurangkan sebab kami tidak suka manis-
4. *Sebiji telur ayam.
5. *Esen Vanilla satu penutup botol.
6. *Roti slices 8 keping.

Bahan² bertanda (* ) di blend kan.

Bahan (1) dah mendidih.. Masukkan bahan² yang telah diblend kan tadi.
Bila dah masak..
Bahagi² kan kepada warna-warna yang anda suka.
Masukkan dalam bekas.
Sejukkan sedikit..
Dan kemudian sejukkan dalam peti ais.
Siap dan sedia dihidang :-)

Buat bekal sekolah Muhammad Iman Nadhif pagi ini..
Alhamdulillah..

Saturday, November 8, 2014

.::KAMI & KAMU ::.

Bosan.
Sikap mereka.
Perangai mereka.
Aku bosan.
Sungguh bosan.

Over protected?
Bukan..
Kami bukan itu.
Kami cuma mahu.
Kamu hormati hak kami.
Kamu hormati usaha kami.

Kerajaan kami.
Jabatan kami..
Biar kami saja yang mentadbir.
Jangan mengajar kami.
Bagaimana untuk mentadbir.
Kerajaan kami. Jabatan kami.

Okay!
Faham!

Friday, November 7, 2014

.::KELIRU::.


Aku.

Hari ini.
Ikut kata hati.
Mohon petunjuk Ilahi.
Aku fikir.
Ya. Banyak perkara yang aku fikir.
Perlu kan tindakan saja lagi.
Tapi pilihan ada dua.
Mahu pilih mana satu?
Allahurobbi.
Kawan kata.
Lakukan isthikharoh.
Aku sudah buat.
Tapi mungkin tidak sesungguh hati.
Ya Allah.
Aku sangat perlukan petunjukMU.
Permudahkanlah urusan hambaMU ini.
Ya Allah.
Ameen.

-----------------------------------------------------------------------------------------
Mode:
*Keliru mahu pilih course apa.
TVET atau MANUFACTURING ENGINEERING.



*Gambar Ihsan Encek GOOGLE

Thursday, November 6, 2014

.::Resepi Pulut Kuning Rendang Ayam::.

Assalamualaikum.
Salam Jumaat..

Resepi Pulut Kuning
----------------------------------
A. Bahan²

1. Beras Pulut  ikut kuantiti yang korang nak.
2. Air untuk rendam.
3. Serbuk kunyit kalau nak fresh lagi tumbuk kunyit hidup.
4. 1 keping asam keping. Kalau pulut banyak letak lah banyak.

5. Santan dan masukkan sedikit garam.

Kaedah.
1. Basuh pulut bersih².
2. Rendam pulut dengan serbuk kunyit dan asam keping.
- Kata emak fungsi asam keping untuk kunyit melekat pada pulut-
*Rendam semalaman-Malam rendam.. Pagi esok kukus.
Toskan air. Buang asam keping.

Kemudian..
1. Kukus pulut yang telah direndam dan ditoskan.
2. Bila nampak asap dah keluar dari tudung periuk. Angkat dan masukkan kedalam bekas lain..
3. Gaulkan dengan santan.
4. Kemudian kukus lagi sekali.
5. Masak dan hidangkan :-)

Rendang Ayam
--------------------------
Bahan²
1. Ayam seekor.
2. 10 biji Bawang merah
3. Bawang putih.
4. Halia dan lengkuas serta kunyit.
5. 2 sudu besar Cili kisar.
6. 3 sudu besar kerisek.
7. Santan sebiji kelapa.
8. Air asam jawa.
9. Daun kunyit potong halus².
10. Garam dan gula secukup rasa.

Cara²
---------
1. Kisar 10 biji bawang merah + 5 ulas bawang putih + sedikit halia+ sedikit lengkuas + 2 batang serai + seinci kunyit hidup.

2. Masukkan sedikit minyak dalam kuali.
3. Tumis bahan² kisar tadi. Masukkan cili kisar.
4. Bila dah naik bau masukkan ayam.
5. Masukkan santan.
6. Masukkan kerisik dan air asam jawa.
7. Masukkan hirisan daun kunyit.
8. Perasakan dengan garam dan gula.
9. Masak sehingga hampir kering. Kalau suka banyak kuah..jangan sampai kering sangat.
10. Sedia untuk dihidang.

Cuba lah. :-)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails