Thursday, November 6, 2014

.::Resepi Pulut Kuning Rendang Ayam::.

Assalamualaikum.
Salam Jumaat..

Resepi Pulut Kuning
----------------------------------
A. Bahan²

1. Beras Pulut  ikut kuantiti yang korang nak.
2. Air untuk rendam.
3. Serbuk kunyit kalau nak fresh lagi tumbuk kunyit hidup.
4. 1 keping asam keping. Kalau pulut banyak letak lah banyak.

5. Santan dan masukkan sedikit garam.

Kaedah.
1. Basuh pulut bersih².
2. Rendam pulut dengan serbuk kunyit dan asam keping.
- Kata emak fungsi asam keping untuk kunyit melekat pada pulut-
*Rendam semalaman-Malam rendam.. Pagi esok kukus.
Toskan air. Buang asam keping.

Kemudian..
1. Kukus pulut yang telah direndam dan ditoskan.
2. Bila nampak asap dah keluar dari tudung periuk. Angkat dan masukkan kedalam bekas lain..
3. Gaulkan dengan santan.
4. Kemudian kukus lagi sekali.
5. Masak dan hidangkan :-)

Rendang Ayam
--------------------------
Bahan²
1. Ayam seekor.
2. 10 biji Bawang merah
3. Bawang putih.
4. Halia dan lengkuas serta kunyit.
5. 2 sudu besar Cili kisar.
6. 3 sudu besar kerisek.
7. Santan sebiji kelapa.
8. Air asam jawa.
9. Daun kunyit potong halus².
10. Garam dan gula secukup rasa.

Cara²
---------
1. Kisar 10 biji bawang merah + 5 ulas bawang putih + sedikit halia+ sedikit lengkuas + 2 batang serai + seinci kunyit hidup.

2. Masukkan sedikit minyak dalam kuali.
3. Tumis bahan² kisar tadi. Masukkan cili kisar.
4. Bila dah naik bau masukkan ayam.
5. Masukkan santan.
6. Masukkan kerisik dan air asam jawa.
7. Masukkan hirisan daun kunyit.
8. Perasakan dengan garam dan gula.
9. Masak sehingga hampir kering. Kalau suka banyak kuah..jangan sampai kering sangat.
10. Sedia untuk dihidang.

Cuba lah. :-)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails