Wednesday, June 9, 2010

.::KaSut dan WaNiTa::.

Update again and again..

Mad about shoes??..whoa...maybe...not....:->

Urm..aku terpanggil untuk menggodek entry kali ini berkenaan topickasut dan wanita..yup..after aku tengok cite semerah cinta STILETTO..memang cite die takde  la best sangat bagi aku..tapi dari cite tu, aku dapat lihat yang kasut dan wanita ni tak dapat dipisahkan..
Kasut or sandals??mane satu yang korang berkenan??Aku lak..depends pade keadaan, majlis dan tempat..aku lebih suke pada kasut flat untuk pergi ke tempat yang perlu aku banyak berjalan dan yang berbentuk wedges..sebab rase safety je bile berjalan....hihihi...dalam rak kasut aku tu pon berlambak kasut and sandals..tapi yang satu tu jugak yang aku slalu pakai..Aku ni bukanla addict sangat dalam mempunyai kasut or sandals..jarang sangat la aku beli kalu takde yang berkenan di hati..(hmm..ye ke??..huhuhu)

Kasut dan wanita??..memang tidak dapat dipisahkan..aku?? hmm untuk sebulan ni je..aku dah beli sepasang kasut and sepasang sandal..dah lame mengidam kasut tu actually...tunggu nye tungu,..time less gile-gile pon..harge die tak turun2 gak..even 5% pon tak dapat less..huhuh..and finally i decide to buy it dengan memejamkan mata lagi skali...huhu...it's very comfy and i really like it most...seperti Chek slalu cakap kat aku (actually chek adelah shoes addictor,,..agaknye!!..hihi ).."Bli kasut mahal sket pon takpe..asal slesa coz kasut dipakai pada bahagian yang menampung seluruh berat badan..."hmmm..betul gak pendapat kakakku itu..ye la...nak pilih kasut or sandal ni mesti ikut pada kesesuaian bentuk kaki dan kestabilan badan kketika menghayun langkah..silap gaye buleh terjelepok..huhu..malu je (and realitinye aku ade pengalaman tu..malu gile..malas nak ingat...hahahah)...dan yang paling penting kesilapan memilih dan memakai kasut or sandal buleh membahayakan kesihatan...urmmm.....

Aku ade terbace satu artikel yang sangat-sangat menarik perhatian aku..Berkenaan JANGAN SALAH PILIH KASUT..Very informative article..So aku copy and paste it here untuk tatapan dan panduan korang..

Berikut tujuh tip memilih kasut yang boleh dijadikan panduan sebelum anda membeli:-(Gua.com.my)

1. Pastikan kasut yang dipilih cukup selesa dengan kaki. Sekiranya anda melangkah dan kaki terasa sakit atau kurang selesa, baik lupakan sahaja niat anda. Pilih kasut dengan rekaan yang lain. Ingat, jangan menyeksa diri!

2. Sebelum membeli kasut, anda harus tahu penampilan yang diinginkan sebaik anda menyarung kasut tersebut. Stiletto misalnya membuatkan si pemakai tampil seksi, manakala sandal pula kelihatan lebih santai.


3. Jangan takut membeli kasut berwarna terang / garang. Pasti bosan bukan kalau kasut anda hanya terdiri daripada warna-warna selamat seperti, putih, hitam dan coklat. Sesekali tidak ada salahnya memakai kasut yang warnanya menarik perhatian. Kalau bijak memadannya dengan pakaian, ia boleh menyerlahkan personaliti anda.


4. Pilih kasut yang sesuai dengan acara yang dihadiri. Kasut untuk ke pejabat dan membeli-belah seharusnya berbeza. Begitu juga kalau hendak menghadiri acara makan malam, jangan pakai sandal atau kasut bertapak datar (‘flat shoes’) dengan gaun malam. Sangat tidak sesuai dan perbuatan ini tidak boleh dimaafkan!!.

5. Jika ingin kelihatan tinggi, ‘wedges’ adalah pilihan yang ideal. Kasut bertumit tinggi juga boleh digayakan, tetapi bukan semua boleh memakainya dengan selesa. Kalau anda mempunyai berat badan berlebihan, kasut tumit tinggi hanya membuatkan anda menderita!

6. Kalau ingin memakai kasut bertapak datar, pastikan seluar, jeans atau kain anda tidak terlalu labuh. Pasti nampak tidak cantik kalau pakaian anda itu terselit di antara kasut dan tumit kaki. Jika tidak pun, pasti setiap kali melangkah, anda akan terpijak kaki seluar atau jeans anda itu. Melecehkan bukan? (Tapi aku suke pakai skirt or jeans yang labuh...huhuu)
7. Sekiranya anda memakai mini skirt atau gaun pendek, jangan sesekali memadankannya dengan kasut bertumit tinggi lebih daripada tiga inci. Sebaliknya kenakan dengan kasut bertapak datar. Alasannya, ia untuk mengimbangkan penampilan anda.


Yeay..finally..panduan untuk aku dalam mengenakan kasut or sandals..Thanks GUA kerana memberikan maklumat yang sangat terkesan ini..out of date or up to date??

6 comments:

  1. yeah..i love shoes too..especially yang tinggi..pernah orang kata kat kam...aik, dah tinggi pun nak pakai kasut heel jugak?bukan ape, sbb bila rasa tinggi lebih selesa and confident..hehe..from Kam

    ReplyDelete
  2. owh..bg aku kasut jnis crocs adalah segala2nye....pegi klas, pegi shopping, sume tmpat aku pakai kasut crocs...haha..aman rsenye x menderita msalah sakit kaki/betis..ehehee...
    kalo slipar plak, of cos la slipar jepun..lembut..kaki pn x t'seksa..ngeh3...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Crocs comfy kan.. Tapi selipar jepun makesure tapaknya tak licin.. Bahaya.. :-)

      Delete
  3. akukah yang di tuduh sbg shoes addicted itu...???

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails