Saturday, August 14, 2010

Marhaban Ya Ramadhan 1431 H

Assalamualaikum
Time to blog..
14 Ogos 2010

Pejam celik pejam celik..dah 3 ari umat islam berpuasa..sungguh cepat masa berlalu..kejap je rase..nanti ni tup tap tup tap dah raye..24 jam sekrang rase kejap je kan..urm..maybe dunia pon dah tue dan semakin menghampiri penghujungnya..Kalau kite imbas kembali perjalanan Rasulullah untuk menemui Tuhan yang Esa...pada peristiwa Isra' dan Mikra' ..Dimana dalam perjalanan, baginda menemui orang tue yang dah bongkok..Dan apabila ditanya kepada malaikat, malaikat mejawab itu adalah gambaran dunia..Hmmm...jika pada zaman Rasululullah SAW dunia umpama si tue yang sudah bongkok..apalagi  pada zaman sekarang ni...Dunia semakin dimamah usia..

Adakah kite masih punye kesempatan untuk menggapai cita-cita dan harapan kita 10 atau 20 tahun akan datang??atau 5 tahun akan datang..Adakah masih punye kesempatan untuk kita bertaubat atas segala dosa yang dilakukan..Apakah 24 jam itu kita gunakan ke arah kebaikan?Atau sebaliknya...Kadang-kadang 24 jam yang kita ada digunakan untuk mengambil tahu hal orang lain berbanding hal diri sendiri..Banyak sangatkah masa yang kita ada??
Aku teringat pada kisah si tukang kapak..dimana ceriat bermula apabila seorang hartawan telah meninggal dunia...ahli keluarga si hartawan ini bersedih di atas kematian hartwan tersebut dan tidak sanggup untuk meninggalkan jenazah hartawan itu seorang diri di dalam kubur..lalu mereka membuat pengumuman dimana sekiranya ada di antara masyarakat negeri itu yang boleh menemani si hartawan tersebut selama 40 hari dan 40 malam..maka orang tersebut akan dihadiahakn harta yang melimpah ruah.. Berita tersebut sampai ke telingan Si Tukang Kapak..Dengan dorongan si isteri dan tertarik dengan hadiah yang akan diberikan sekiranya die berjaya, maka die pon sanggup menerima tawaran ahli keluarga hartawan terseut..

Masuk hari ke 39, disangka si tukang kapak berjaya menemani si mati, namun tiba-tiba si tukang kapak berlari keluar daripada kubur tersebut. Diringkaskan cerita....apabila ditanya..rupa-rupanya selama 39 hari si tukang kapak menemani jenazah, malaikat Mungkar dan Nakir hanya menyoal tentang diri dan pekerjaan nya..Bukan jenazah si mati..dengan Hanya sebilah kapak si tukang kapak dipersoalakan selama 39 hari..Inikan pula sekiranya  mempunyai harta kekayaan yang melimpah ruah...Wallahualam..
Oleh itu, masa yang diperuntukkan untuk bekerja, maka laksanakan la kerja..Gaji yang diperolehi sebulan adalah gaji bagi setiap detik dan saat waktu bekerja..Kita tetap akan dipersoalkan jika mengabaikan walau satu saat...

So untuk kesempatan yang masih ada..aku ingin memohon maaf di atas semua salah dan silap..Gunakan masa, kesihatan, harta, rezeki dan kesempatan ini ke arah jalan yang diredhai NYA..Amin..

Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna..Agar dapat ku lalui dengan sempurna..InsyaAllah...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails