Tuesday, April 1, 2014

Tips:Ho Chi Minh Part 2

Assalamualaikum..

Hari ke 2..
Breakfast suami belikan 2 bungkus nasi lemak biasa (kalau dekat Malaysia harga dalam RM1.50) di gerai Hjh Basiroh yang kosnya bernilai hampir RM12.
.Redha saja lah..huhu..











Selesai breakfast dan mandikan Iman..
Kami mulakan acara dengan menuju ke Benth Thanh Market..
 Serius macam pasar basah pagi di Malaysia..cuma tukar saja barangan basah kepada kain kain, pakaian, kasut sandal dan barang cenderahati..
Meriah!

Dekat sini tidak boleh tawar then blah tanpa beli..
Sebab nanti anda akan dimaki hamun atau ditunjukkan muka yang bengang oleh peniaga tersebut..
Dan jika tidak mahu beli anda juga jangan menunjukkan minat kerana nanti anda kena dipaksa beli..
Jika mahu beli blouse..hati-hati..sebab saya kena. Mahu beli 1 tapi dimasukkan 2 blouse dan dicaj 2 blouse padahal mahu beli 1 saja..Aish..bengang sungguh!!...Tolak dan dimarah..huhu...
Bagi anda yang lelaki muslim pastikan anda jalan di Benth Tanh ini dengan berpeluk tubuh (jika tidak membawa barang atau mendukung anak) kerana peniaga-peniaga perempuan di pasar ini dengan selambanya akan menarik tangan anda untuk paksaan membeli barangan mereka..(kecuali jika anda suka tangan anda ditarik mereka)..

Harga dalam pasar ini bagi aku kebanyakan agak mahal dan tidak boleh tawar menawar sangat.. Untuk suami beli kain kemeja dan kain untuk slack dengan siap upah jahit dalam RM120.. (Kualiti jahitan akan di update dlm part #3 sebab esok baru dorang akan hantar)..
 Iman Nadhif suga mula meragam.. Penat agaknya..So kami balik dulu hantar barang.. Tidokan si kecil itu dulu dan rehat-rehat sebentar untuk ke Dan Sinh Market -barangan askar.

Dan Sinh Market sesuai bagi mereka yang sukakan barangan askar pelbagai negara. Bertolak dari Hotel dengan menaiki Vinasun taxi dengan nilai 24 900 VND.. Balik suami ajak berjalan kaki.. Serius! bagi aku agak bahaya untuk pejalan kaki macam aku yang sangat takut untuk melintas jalan besar..

Tapi sangat seronok sebab boleh sight seeing sekali.. Makan tengahari kami adalah direstoran penang yang dimiliki oleh seorang Dato yang kalau saya tidak silap berasal dari Pulau Pinang.. Harga makan tersangat lah mahal.. Nasi goreng berharga lebih kurang RM20.. Huhu..
Jadi untuk save budget sila lah bawa bekal megi dan roti banyak!;-)

Untuk membeli belah.. kami suka kedai-kedai di sekitar hotel ini.. Boleh bargain..dan banyak pilihan..

Jika ingin bershoping di pasar malam(yang ada setiap malam). Sila survey dulu before decide untuk beli.. Sebab baju tshirt biase dkt tepi tepi hotel ni hanya RM7 dan di pasar malam RM20..  Huhu..

Jadi standby duit siap siap..Bila nak guna tarik je duit..Jangan tayangkan purse / wallet kalian kpd mereka.. Bahaya!
 Siapa penggemar shawl macam saya.. boleh ke gerai hanya bersebelahan dengan Tanh Thu hotel(sebelah kanan).. harga tersangatlah murah.. kurang 3 kali ganda dari yang beli di Malaysia.. huhu

Ok..esok sambung lagi.. Part#3..










































No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails