Friday, January 30, 2015

.::Jauh::.

Dulu rapat.
Tapi sekarang.
Rasa jauh.
Makin jauh.

Renggang.
Makin renggang.
Dulu lain.
Sekarang sudah jadi lain.

Harap agar tidak terus jauh.
Harap agar tidak terus renggang.
Dan...
Harap tidak terus lain.

Biasa lah kan!
Manusia ini.
Nafsu nya pelbagai.
Macam-macam.

Aku juga begitu?

-Aku-

.::Muar:BBQ Steamboat & Grill::.

Assalamualaikum.

Rasa saya lah..
Di Muar ini saya baru jumpa 3 tempat steamboat dan grill (S&G).
1. Polkadot Steamboat & Grilled.
2. Mutiara Muar BBQ, Steamboat & Grilled.
3...... Lupa nama..

Dan rasa saya juga..
Kedai Mutiara Muar BBQ S&G adalah paling best.
Pilihan ayam, daging dan kambing untuk grilled.
Kami paling suka daging dan ayam yang menggunakan perapan satay..
Pelbagai seafoods...
Pelbagai rencah untuk steamboat..
Si kecil Iman lebih suka makan nasi putih dan mushroom soup.
Tidak ketinggalan ais krim.

Air: Pelbagai jenis air dan paling best ada air soya.

Lokasi: Aras atas bangunan MARA Bandar Maharani, Muar.

Tambah seronoknya dengan ruang makan yang selesa dan betul-betul ditepi Sungai Muar.

Cubalah..

*** Erkkk.. Kalau hendak dibandingkan dengan Seoul Garden.. Paling best lah Seoul Garden tu.. :-)

Tuesday, January 20, 2015

.::KFC Pagoh::.

MasyaAllah..
Dekorasinya sangat cantik.
Moden.
Kreatif.
Bagi saya lah

Menunya?
Sama macam di mana-mana franchaise KFC.

KFC Pagoh.
Di R&R menghala ke selatan.
Singgah lah.
Dan lihat sendiri.

Saturday, January 17, 2015

.::Bicara Ini Demi ILAHI::.

Allah Maha Benar.
FirmanNYA benar dan janjiNYA juga benar.
Cuma ada kala.
Sebagai hambaNYA..
Kita terlupa merenungi kalamNYA AL Quran..
Ya.. Disitulah kita mengenali diri..
Disitulah kita kenal siapa DIA..

Seorang muslim..
Langkahnya adalah perjuangan..
Fikirannya adalah tajam..
Bicaranya adalah kebaikan..
Bicara yang sungguh berhemah..
Namun..
Ada yang kurang mengerti..
Teguran dikatanya bisa..
Nasihat disangka tiada makna.

                    -Tn Guru Nik Aziz Nik Mat-

Allahurobbi.
Kami memohon perlindunganMU Ya Allah..
Jangan lah ENGKAU bolak balikkan hati kami..
Ampuni lah kami Ya Allah.
Ar Rahman.. Ar Rahim..

.::MeNaNtU bUkAn HAntU::.


Hari ini..
Bakal tunang adik datang rumah..
Atas jemputan saya dan suami..

Selidik dan menyelidik..
Emak sudah tidak sabar mahu dengar cerita dari saya..
Betullah!
Mesti selidiki latar belakang sebelum berkahwin kan?
Itu pesan mulloh ayah saya.
Al fatihah untuk ayah.
Semoga ayah 'tenang' di sana..
Ameen.

Encek suami banyak ambil peranan..
Bertanya itu ini..
Begitu dan begini..
Bukan menyibuk..
Tapi tanggungjawab!
Amanah dari emak juga..

Dan..
Ringkasan cerita pada emak..
'GREEN light💑'
Nampak bersungguh..
Berani dan mahu..

Anyway..
Terima kasih Azmir..
Kerana secara gentlemannya datang rumah akak..
Melayan karenah si kecil Iman Nadhif kami..

Dan...........
Jangan serik datang lagi ya!✌
-----------------------------------------------------------------
Encek suami..💗💋
Terima kasih ya..
Rasa mama lah..
Anak kita bila mau bertemu jodoh nanti..💞
Kalau lah diizin Allah..
Umur kita panjang..
Bila tiba masa untuk kita peroleh menantu..💑
Pasti sekali kita akan panggil 'bakal menantu' kita itu..
Untuk diinterview berperingkat..👍
Tiga hari tiga malam..
Kan?

Erkkkk...
Poyo?
Ya.. Bab ini mesti kena poyo..
Sebab kami mahu cari menantu..💟
Bukan HANTU!👈

.::Iman Nadhif::.

Dia sudah besar.
Tidak membesar tetapi meninggi.
Kata orang..
Ikut mama dia..
Kurus dan tinggi..

Aish..kalau si suami dengar mesti dia jeles..
Memang!
Dia-si suami- akan jeles bila ada yang kata saya kurus..
Oh sebab?
Sebabnya usaha beliau untuk kurus tidak pernah berhasil..
Muehehe-gelak jahat 😏😼😸..-

Petang tadi mungkin terlalu letih..
Bermain bola sepak di padang..
Langsung dalam kereta terus tidur..

Angkat dari kereta bawak naik rumah..
Masih lagi tidur..
Kepenatan!

Tidur nya..
Mesti dikepung serata penjuru..

Lasak!

Duhai anak.
Semoga Allah sentiasa lindungi kamu.
Ameen.

.::Positif::.

Positif.
+
Ooh..okay..
Bukan pregnancy test ku yang positif ya..
Tapi..
-Sedang berusaha ke arah itu *wink..wink..*

Okay!
Ini berkenaan pemikiran..
Sifat..dan tingkah laku yang positif..

Kadang-kadang mulut kata kena positif.
Tapi hati menolak sungguh-sungguh..

Susah benar untuk fikir positif.
Tapi selalu nasihat orang supaya fikir positif.

Minggu lepas..
Dan dua tiga minggu lepas..
Banyak sungguh dugaan untuk aku..
Yang tidak terjangka kan..

Allahurobbi..
Disebalik hujan lebat ribut petir..
Tentu munculnya pelangi yang indah nanti kan?

Sabar saja okay Sizawa?
Pasti sekali..
Ramai sungguh yang support kamu ya!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails