Thursday, December 12, 2013

.::Pisang Keju::.

Assalamualaikum

Maaf terlewat upload resepi pisang keju ini..
Makanan ini first time kami makan masa pergi Bandung dulu..
saya dan suami sangat suka..
Sampaikan berulang kali pergi makan pisang keju tersebut..
sebab sangat sedap..
sambil makan saya cuba menguis-nguis untuk lihat bahan-bahan yang digunakan..
sebabnya suami sudah betura-ura mahu saya buatkan bila dekat Malaysia nanti..

Aish..panjang pulak mukaddimahnya ni:

okay kita teruskan dengan resepi pisang keju yang sekarang ini menjadi makanan kegemaran kami-saya dan suami-.

Bahan-bahan
5 biji pisang nangka dibelah dua
sedikit minyak
3 sudu besar susu pekat
sos coklat (saya guna brand Deli sebab nak guna hersyeys bila belek tanda halal takde)
cheddar cheese (diparut-pemarut tu aku beli di kedai rm2 je)
chocolate rice

Peralatan
Kuali non stick
Sudu
Pinggan
Pemarut keju

Cara Membuatnya
1. Letakkan sedikit minyak dalam kuali, kalau dah guna kuali nonstick tak perlu lagi minyak tersebut.
2. Gorengkan sekejap pisang yang telah dibelah dua
3. Dalam pinggan letak susu pekat, rata-ratakan
4. Kemudian letakkan pisang yang telah digoreng tadi
5. Letakkan sos coklat diatas pisang tersebut
6. Parutkan cheddar cheese ke atas pisang tersebut
7. Taburkan coklat rice
8. Sedia untuk dihidang


Cuba lah.
Dan jangan lupa semasa masak zikir Ya Latif dan masak dengan penuh ikhlas dan kasih sayang. InsyaAllah masakan lagi bertambah sedap.




No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails