Assalamualaikum,
Alhamdulillah..
Masih lagi diberi kesempatan untuk bernafas dan merasai nikmat kehidupan..
Malam-malam hari..
Membuat melty cheese..
Sudah lama mahu buat,..
Asyik tangguh dan tertangguh saja..
So malam ini kena buat jugak..
Sebab whipping cream dan nak expired..
Gila! mahu biar ia expired.. Mahal tu..
So mulakan projek membuat melty cheese..
Ramuan
500 gm cream cheese-saya guna tatura..
500 gm cream cheese-saya guna tatura..
500 ml whipping cream
300 ml susu pekat(kalau suka manis lebihkan)
Sesudu kecik esen vanilla..
Lapisan
Biskut yang dihancurkan/kisar kering (Meri..oreo..etc)
Sos coklat pekat.. (Saya guna brand DELL sebab nak guna herseys macam tidak jumpa tanda halal)
Kaedah
Kisar semua bahan di atas pada kelajuan sederhana..
Kisar sehingga ia kembang..
Kemudian masukkan dalam bekas..
Selang selikan dengan boskut hancur dan sos coklat
- Serbuk biskut
- Cheese yang telah di mixkan tadi..
- Sos coklat..
- Cheese..
*Pada lapisan atas boleh parut cheddar cheese / parutan coklat.
(Ikut citarasa dan budget anda) :-)
Kemudian masukkan dalam peti ais.
Disebabkan saya ini seorang yang tidak sabar, jadi saya buat malam hari dan pagi esok bolehlah makan :-)
Cubalah :-)
No comments:
Post a Comment