Saturday, June 25, 2011

.::Al-Fatihah::.

Assalamualaikum
26 Jun 2011

Alfatihah buat arwah Noor Azri iaitu driver IKBN Pagoh yang telah menghadap ilahi pada 25 Jun 2011 akibat serangan jantung..Terkejut bile kak ikin call malam tadi inform pasal hal ni..Yela  Jumaat lepas ade perjalanan dengan arwah ke Persada JB untuk program KEPAK..
Hmm..semoga keluarga arwah sabar dan tabah menghadapi ujian Allah ini..Sesungguhnya Allah lebih menyayangi beliau..Semoga roh beliau ditempatkan bersama-sama orang-orang yang soleh dan solehah..Amin...

Thursday, June 23, 2011

.:;ChocoLaTe Cake::.

Assalamualaikum.
Update again
macam dah bersawang sket blog ni kan.
almaklumkla..tuannya sentiasa dibizi dan membizi..
La ni baru ade mase sket sementara nak menunggu megi yang baru masak tu sejuk..
hihihi..

hmm ok..
merujuk kepada tajuk di atas..
saya tidak ingin bercerite mengenai megi..
Tetapi saye ingin bercerite mengenai kek coklat saye..
yang juge baru masak itu..
owh..nak tengok gambar ye..
jap ye..
bersabar tu kan..
SEBAHAGIAN DARIPADA IMAN...
hihihi..

erm ok..
ni gambar die...
appearance die tak lawo..
maklumla first time buat..
pastu gas lak abis..
tu yang tak sempat nak wat topping tu..
(*sudah la wahai Pn sizawa..memang tangan kamu itu tidak berseni..ngehngehngeh...)

Saya sangat gembira..sebab bagi saye rasenye sangat sedap..(ceh..perasann)
walopon luarannya nampak hodoh..
Sebenarnya dah lame Encek Suami suruh aku membikin itu kek..
Hari ni baru jadi..Alhamdulillah...
maklumla nak sambut kepulangannya dari Kuanbtan nanti..ceewahh...ha.ha.ha...

ok..sudah..sudah...
Ni gambar-gambar kek yang 'sangat CaNtiK' itu...;-)
Kek dalam loyang

kes sparuh kukus n sparuh bako
Best tak nampak..memang best sangat..:-)


i like...

Recipe..(thanks Kak anis for this recipe..)

BAHAN A
2 1/2 CAWAN TEPUNG GANDUM
1 CAWAN KOKO
11/2 SUDU KECIL SODA BIKARBONAT
1/2 SUDU KECIL BAKING POWDER

BAHAN B
2 CAWAN GULA KASAR
1 CAWAN MINYAK JAGUNG
1 CAWAN SUSU CAIR
3 BIJI TELUR
ESEN VANILA

KAEDAH:-
1. +KAN SEMUA BAHAN B DAN KACAU SEHINGGA GULA LARUT
2. DAH LARUT, +KAN BAHAN A SEDIKIT DEMI SEDIKIT;
3. KACAU LAGI SEHINGGA SEBATI;
4. DAH SEBATI + 1 CAWAN AIR PANAS DAN KACAU LAGI;
5. PANAS OVEN, SAPU LOYANG DAN ISI KERTAS
6. BAKAR SUHU 180 DEG CELCIUS & BAKAR 45 MINIT

TOPPING
1. 3 @ 4 SUDU BESAR KOKO;
2. 1/2 TIN SUSU PEKAT;
3. 1/4 BUKU BUTTER @ MARGERIN @ PLANTA
4. ESEN VANILA
5. KUNING TELUR
 - Semua bahan dimasak di atas air mendidih (double boiler);
- sejuk baru letak topping..
Pastu leh hias..

Selamat mencube..:-)



Thursday, June 9, 2011

.::It's All About A T T I T U D E::.

Dikala aku menulis belog ini,
Hati aku tersangat geram..
Geram karenah sekumpulan bebudak ini..
Yang seolah mencabar aku..
Minggu lepas aku dapati mereka telah meniru..
Walaupon aku telah menyuruh mereka menghantar assignment menggunakan tulisan tangan..
Namun mereka masih meniru..
Aku masih lagi memberi muka..
Dan aku menyuruh mereka menghantar esok pagi..
Namun esok paginya..
Jawapan mereka masih sama antara satu sama lain..

Oh..rupanya Mereka M E N I R U lagi…
Dan aku telah mengoyak kertas tersebut dihadapan mereka..
Dan soalan lain aku beri yang lagi susah..
Kalau mereka masih meniru..
Makanya SURAT AMARAN ketiga akan aku keluarkan..
Bersama surat amaran pertama dan kedua serentak..
Biar padan dengan muka mereka..
Yang tak pernah serius dalam menimba ilmu..

Tapi..mereka sudah tidak meniru..
Makanya aku telah memberikan markah yang MINIMA buat mereka..

Dan hari ini kesabaran aku diuji lagi..S E K A R A N G…
Aku sedang menngawas bebudak ini lagi..
Peperiksaan teori bagi modul rakan seperjuangan..
Kalau ikutkan hati aku malas dan takde hati nak berurusan ngan dorang hari ni..
Tapi semasa aku masuk ke bilik kelas setelah memasukkan markah di bilik pengajar sebelah..
Satu-satunya pelajar perempuan itu ..
Terkocoh-kocoh menyimpan notanya..
Owh..langsung mood aku jadi bertambah tidak elok…
Dan setelah sejam peperiksaan berlangsung..
Aku menangkap seorang lagi yang meletakkan notanya di celah-celah kertas..
Oh..sungguh tiada adab pelajar-pelajar tersebut..
Sungguh aku GERAM………dan SANGAT GERAM……………….

It's all about ATTITUDE...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails