Wednesday, July 13, 2011

.:;ALaM rEmaJa::.

"Jika ditanyakan kepadaku tentang alam remaja...
Nescaya aku akan berkata..
Tiada kehidupan yang lebih singkat...
Daripada menerima ilmu yang luas.." ((ibnu Sina-Ilmuwan Muslim)

Ilmu yang dimaksudkan adalah ilmu yang bermanafaat..yang boleh digunakan untuk perkembangan dan pembangunan ummah sejagat..Ilmu boleh dituntut daripada pelbagai sumber ilmu, dalam pelbagai taraf kehidupan dan malah sesiapa sahaja berhak menjadi sumber ilmu..Apa yang penting adalah niat dan keikhlasan dalam mencari ilmu..

Dulu, aku ade terfikir..Kenapalah begitu ramai golongan cendekiawan,, para ilmuwan dan sekumpulan profesional yang terlibat dalam kumpulan militan..ajaran sesat yang terlalu obses kepada agama sehingga tidak dapat menilai ilmu yang diikuti betul atau tidak..etc...dan akhirnya aku ketemu jawapanya..
kenapa ya?so lets share coz sharing is caring rite?:-)

Ok..semuanya bermula apabila kesedaran agama membuak-buak dalam diri mereka..mungkin terhasil daripada pembacaan , kajian dan perbincangan bersama para sahabat cendekiawan mereka yang lain..Lalu timbul satu perasaan untuk membuat perubahan..perubahan yang diinginkan adalah terlalu mendesak dan mendadak..dan pada masa inilah syaitan mula memainkan peranan..dan disitulah perangkap taksub mula menganga seluas-luasnya..

Teringat kisah Adam dan Hawa yang diturunkan ke bumi kerana termakan oleh hasutan syaitannirrajim..syaitan laknatullah menghasut Hawa untuk memakan buah yang dilarang Allah dengan mengatakan bahawa bila mereka memakan buah tersebut, maka mereka akan terus kekal di syurga.

ok..kembali kepada kisah tadi..syaitan menipu daya manusia dengan menanam sikap gopoh gapah dan ingin cepat berubah dan mengubah. Mereka berasa ilmu sudah cukup penuh dan mereka sudah cukup bersedia. Mereka berasakan ilmu sudah cukup di dada dan mereka mula berhenti untuk mencari dan terus mencari ilmu..
Mereka tidak dapat melihat agama yang kulliyah(menyeluruh) dan hanya melihat agama dari sekadar serpihan dengan membatasi sumber rujukan. Mereka berjaya melihat islam sebagai satu cara hidup yang menyeluruh tetapi mereka tidak dapat melihat islam yang menyeluruh daripada sumber yang menyeluruh.

Syaitan sentiasa berperanan dan mengeksploitasi keadaan dan pemikiran manusia untuk membawa manusia moden kearah taksub..

Jika semua negara maju merebut dan berlumba-lumba ke arah era ICT..Negara-negara maju bercakap tentang pasca-ICT, Barat mula bercakap tentang The Dream Society..Satu masyarakat yang penuh dengan nilai-nilai murni bagi menggantikan Information Society...
Mungkin keseimbangan akan wujud bile The dream society = Informatin society...Mungkin??
(sumber:Solusi. Kisah Nabi-nabi)



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails