Saturday, January 11, 2014

.::Versi Saya-Prosperity Burger::.


Assalamualaikum..
Galak sungguh meng update blog malam ini..
Esok kerja lah sungguh pun esok hari Ahad..
Mak cakap lama-lama nanti biasa lah tu..

Bila dah dekat nak Tahun Baru Cina ni..
Rangkaian Mc Donald akan tambah menu Prosperity Burger..
Last sekali kami makan dua tahun lepas -kalau tidak silap-
Jadi hari ini saya mencuba untuk buat Prosperity Burger versi saya sendiri..
Homemade roti dan juga black pepper sauce..

Homemade memang selalunya puas hati.. ;-)
Resepi saya ambil dari blog Azlita Aziz..dan ada olahan sedikit..
Terimakasih Puan Azlita Aziz..

Oleh sebab saya sudah tidak larat..
Jadi saya letakkan gambar dulu ya..
Esok atau bila ada kesempatan..
Saya update resepinya..

Jadi..
Tarraa..


Inilah santapan kami-saya dan suami- dinner hari ini.
Untuk anak bujang kami saya masakkan tomyam..
Hurm..anak bujang sorang itu memang suka lauk-lauk yang berkuah ini..
Alhamdulillah..
Berselera..
Rezeki kurniaanNYA..

Risau ke nak makan takut berat badan makin bertambah?
Jangan risau.. Shaklee menyediakan SET SLIMMING LENGKAP untuk anda yang sedang berdiet sekarang.,
Siapa boleh tahan kan dengan makanan yang lazat dan enak..

 Harga menarik untuk anda..
Hubungi saya segera di 019.619.2219 (Siti)

.::Kesukaan Saya-Melty Cheese::.

Assalamualaikum,
Alhamdulillah..
Masih lagi diberi kesempatan untuk bernafas dan merasai nikmat kehidupan..

Malam-malam hari..
Membuat melty cheese..
Sudah lama mahu buat,..
Asyik tangguh dan tertangguh saja..
So malam ini kena buat jugak..
Sebab whipping cream dan nak expired..
Gila! mahu biar ia expired.. Mahal tu..

So mulakan projek membuat melty cheese..

Ramuan
500 gm cream cheese-saya guna tatura..

500 ml whipping cream

300 ml susu pekat(kalau suka manis lebihkan)

Sesudu kecik esen vanilla..

Lapisan
Biskut yang dihancurkan/kisar kering (Meri..oreo..etc)
Sos coklat pekat.. (Saya guna brand DELL sebab nak guna herseys macam tidak jumpa tanda halal)
Melty cheese


Kaedah
Kisar semua bahan di atas pada kelajuan sederhana..
Kisar sehingga ia kembang..
Kemudian masukkan dalam bekas.. 
Selang selikan dengan boskut hancur dan sos coklat
   - Serbuk biskut
   - Cheese yang telah di mixkan tadi..
   - Sos coklat..
   - Cheese..
Melty cheese

*Pada lapisan atas boleh parut cheddar cheese / parutan coklat.
(Ikut citarasa dan budget anda) :-)
Melty cheese

Kemudian masukkan dalam peti ais.
Disebabkan saya ini seorang yang tidak sabar, jadi saya buat malam hari dan pagi esok   bolehlah makan :-)

Cubalah :-)


.::Roti Jala Lagi::.

Assalamualaikum,

Alhamdulillah..Mood memasak saya memang pada tahap maksima kebelakangan ini.
Jadi saya teringin mahu makan roti jala.
Mulanya saya masakkan nasi lemak dan kari ayam (yang biasa saya makan di Pagoh-Nasi lemak+kuah kari)..
Jadi lebihan karinya saya buat lah roti jala..
Untuk kali ini, saya buat dua versi-kuning  & hijau :-)
Untuk resepi roti jala ini.. Boleh lah rujuk di SINI..



Mudah..cepat dan sedap..
Cubalah :-)

.::HomeMade Pizza::.

Assalamualaikum..

Okay..sudah lama hendak update pasal pizza yang saya buat sendiri ini..
Resepinya dapat dari Kak Salina..
Sedap.. tapi dohnnya macam kurang masak sikit..
Mungkin next time saya kena bake doh dulu..


Resepi Pizza
Oleh : Kak Salina Zakaria
Terima kasih kak..

550g tepung gandum 
120 ml air 
100 ml susu pekat 
100 ml minyak masak 
Telur sebiji 
Garam secukup rasa 
Yis 11gram 

Cara-cara 
Campurkan semua bahan uli sampai lembut...sebati..
paling tidak stgh jam...
perap dia 1 jam sampai 2x ganda..
ttp ngan kain lembab...
** Sos topping guna yang sos spageti tradisional.... 
Untuk topping tak kisah.. mana-mana dan apa-apa yang anda gemar..
Ayam/tuna/sosej etc.
Topping sosej dan jejari ketam.


Topping Tuna

Selamat mencuba:-)

Wednesday, January 8, 2014

.::Kerja & Solat::.

Assalamualaikum

Kerja dan Solat?
Mana yang MESTI diuatamakan?
Secara teorinya, jawapan sudah tentu lah solat kan?
Tapi amalinya?

Solat..solat..solat..
Sudah dijanjikan Allah..
Siapa yang solat.. Akan berjaya..

Hayya Alassolah.
Hayya Alalfalah...
Marilah solat..
Marilah menuju kejayaan..
Janji Allah..

Allahuakhbar..

Perlukah hentikan kerja untuk tunaikan solat?

Lupakah kita kepada Ar Razzaq (Maha Pemberi Rezeki)?
Lupakah kita kepada Raqib dan Atid malaikat yang setia kiri dan kanan?

Mazhab Syafie: 
Disunatkan menyegerakan solat semuanya kecuali Zohor, disunatkan menunggu sedikit redup dan kurang panasnya. Pandangan ini berdasarkan sabda Nabi SAW bersabda.
 Ertinya : "Tangguhlah sehingga sejuk bagi solat zohor, kerana kekuatan panas (matahari) adalah dari bahang neraka jahannam." ( Hadith Shohih riwayat Al-Bukhari)

Maka nikamt Allah yang manakah yang layak kita dustakan?

Wednesday, January 1, 2014

.::Roti Jala::.

Assalamualaikum..

Roti Jala ini saya buat sehari selepas beli acuan tersebut dari Daiso Melaka..
Resepi dari blog Khairul Anuar.
Terima kasih;-)

Bahan-Bahan
1. Secawan gandum.
2. 150ml susu segar
3. 150ml air
4. Sebiji telur ayam.
5. Sedikit serbuk kunyit.
6. Sedikit garam.

Cara-caranya
1. Masukkan bahan 2-6 ke dalam blender dan blendkan.
2. Masukkan gandum kedalam blender dan blendkan lagi.
3. Kemudian tapis dan masukkan ke dalam acuan.
4. Rata-rata kan ke atas non stick pan.
5. Bila dah masak gulung-gulungkan.
6. Sedia untuk dihidang.
7. Lagi sedap cicah dengan kari ayam / daging♡.

Cubalah♡

Regards
Siti Zaleha Wahid

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails