Sentimen.
Lebih kepada mind set.
Lebih kepada anggapan.
Lebih kepada prasangka.
Sebab nila setitik..jika susu tu kamu tidak kacau tidak akan rosak kan!
Sentimen.
Aku cukup benci benar.
Bila orang kata.
Janji melayu.
Konon bila janji tidak ditepati.
Bila waktu tidak dipatuhi.
Negatif sangat!
Aku cukup benci benar.
Bila orang kata.
Pekerja kerajaan duduk rilek.
Makan gaji buta.
Banyak melahu dari buat kerja.
Sungguh!
Aku cukup benci benar!
Jangan sebab segelintir.
Semua sekali dicop sama.
Ya!
Aku kerja kerajaan.
Dan aku pernah kerja swasta.
Adik beradik sahabat handai aku kerja kerajaan.
Mungkin kamu tidak tahu yang ramai antara kami membawa kerja opis balik ke rumah.
Mengadap kerja opis sampai tiga empat pagi.
Menanda kertas menyiapkan bahan pembelajaran untuk esok pagi.
Mungkin kamu tidak tahu.
Yang ramai antara kami.
Masih mengadap laptop dan pc.
Sampai dinihari.
Buat kerja untuk dihantar esok pagi.
Mungkin kamu juga tidak tahu.
Yang ada antara kami langsung tidak rehat waktu tengahari.
Untuk melayan orang awam mintak konsultasi.
Kadang-kadang pukul 5 pon masih di opis lagi.
Ya!
Mungkin kamu tidak tahu itu.
Kerajaan ka.. Swasta ka sama saja.
Banyak ja pekerja swasta yang peel macam korang cop perkerja kerajaan yang negatif tu.
Back to basic.
Duit gaji yang dapat hasil daripada amanah yang dipertanggungjawabkan.
Tidak kiralah duit gaji kerja kerajaan ka swasta ka.
Jika kamu mahu rezeki berkat.
Kamu buat kerja dengan amanah.
Tidak kira lah kamu kerja kerajaan ka swasta ka.
Jika kamu kerja kerajaan.
Sila buktikan pandangan negatif dorang SALAH.
Jika kamu pekerja swasta.
Bekerjalah elok-elok.
Tujuan hanya satu.
Untuk mencapai redha ILAHI.
Setiap yang dipertanggungjawabkan.
Akan disoal di 'sana' nanti.
SENTAP!
AKU!
No comments:
Post a Comment