Wednesday, October 22, 2014

.::Buttermilk::.

Assalamualaikum.

Malam.
Sepi.
Bungkam.

Ini bukan cerita pasal sepi.
Ini bukan cerita pasal bungkam.
Ini cerita BUTTERMILK.
Pada malam ini.
Malam yang saya ingin buat Roti Sarang Lebah.
Dan baru tersedar plain yogurt tiada.
Kalut.
Tenang.
Googling.

Esok mahu balik Terengganu.
Anak sedara request bawak balik Roti Sarang Lebah.
Tap kesilapannya terlupa untuk mahu beli YOGURT.
Astaghfirullahalazim.

Rupanya Allah mahu saya tahu.
Bahawa saya boleh gantikan yogurt dengan buttermilk.
Dan cara mahu buat buttermilk sangat mudah.
Asal ada barang ja.
Terima kasih kak Azlita (blog masam manis).
Sebab bagi saya ilmu.
Alhamdulillah.
Kan Allah dah kata.
Disebalik kesulitan..
Pasti ada kemudahan.
Kan!

Resepi BUTTERMILK
-----------------------------------
1 Cawan susu - saya guna susu segar-.
1sudu besar cuka makan.

Kaedah
-------------
Campuradukkan.
Biarkan selama 10-15 minutes.

Hasilnya.
Berketul dan likat macam yogurt.

Cubalah!

Wednesday, October 15, 2014

.::SENTIMEN::.

Sentimen.

Lebih kepada mind set.
Lebih kepada anggapan.
Lebih kepada prasangka.
Sebab nila setitik..jika susu tu kamu tidak kacau tidak akan rosak kan!

Sentimen.
Aku cukup benci benar.
Bila orang kata.
Janji melayu.
Konon bila janji tidak ditepati.
Bila waktu tidak dipatuhi.
Negatif sangat!

Aku cukup benci benar.
Bila orang kata.
Pekerja kerajaan duduk rilek.
Makan gaji buta.
Banyak melahu dari buat kerja.
Sungguh!
Aku cukup benci benar!

Jangan sebab segelintir.
Semua sekali dicop sama.

Ya!
Aku kerja kerajaan.
Dan aku pernah kerja swasta.
Adik beradik sahabat handai aku kerja kerajaan.
Mungkin kamu tidak tahu yang ramai antara kami membawa kerja opis balik ke rumah.
Mengadap kerja opis sampai tiga empat pagi.
Menanda kertas menyiapkan bahan pembelajaran untuk esok pagi.

Mungkin kamu tidak tahu.
Yang ramai antara kami.
Masih mengadap laptop dan pc.
Sampai dinihari.
Buat kerja untuk dihantar esok pagi.

Mungkin kamu juga tidak tahu.
Yang ada antara kami langsung tidak rehat waktu tengahari.
Untuk melayan orang awam mintak konsultasi.
Kadang-kadang pukul 5 pon masih di opis lagi.
Ya!
Mungkin kamu tidak tahu itu.

Kerajaan ka.. Swasta ka sama saja.
Banyak ja pekerja swasta yang peel macam korang cop perkerja kerajaan yang negatif tu.

Back to basic.
Duit gaji yang dapat hasil daripada amanah yang dipertanggungjawabkan.
Tidak kiralah duit gaji kerja kerajaan ka swasta ka.

Jika kamu mahu rezeki berkat.
Kamu buat kerja dengan amanah.
Tidak kira lah kamu kerja kerajaan ka swasta ka.

Jika kamu kerja kerajaan.
Sila buktikan pandangan negatif dorang SALAH.

Jika kamu pekerja swasta.
Bekerjalah elok-elok.

Tujuan hanya satu.
Untuk mencapai redha ILAHI.

Setiap yang dipertanggungjawabkan.
Akan disoal di 'sana' nanti.

SENTAP!
AKU!

Sunday, October 12, 2014

.::PAPLOVA AL PAGOHI::.

PAPLOVA AL PAGOHI
------------------------------------
Nama paplova ni macam masculine sikit kan?
Kenapa Al Pagohi?
Sebab paplova saya ini dibuat di Pagoh.
So..paplova ini saya buat.
Jadi suka ati saya lah kan nak letak nama apa..
** cett..kerek gila...hihi**

Ok..senang gila hendak buat paplova ni.

Resepi asal : Blog Cik Epal. Terima kasih Cik Epal:-)

Bahan-bahan.
-----------------------
1. 4 biji putih telur. Hanya putih telur. Jangan masuk walau sedikit pun kuning telur.
2. 1 sudu besar tepung jagung.
3. 1 sudu teh cuka makan.
4. 1 sudu teh esen vanilla.
5. Setengah cawan gula pasir.

*ok..yang paling penting mesti ada stand mixer. Sebab saya ini pemalas. Huhu..

Kaedah
--------------
1. Stand mixer n pengisar pastikan kering.
Pukul putih telur sehingga kembang semangkuk.
Masukkan gula sedikit demi sedikit lama lama jadi bukit.
Masukkan tepung jagung(guna penapis tea).
Masukkan cuka makan.
Masukkan esen vanilla.
*Tetap putar sehingga soft peak/meringue.
** soft peak=bila korang terbalikkan mangkuk.. Bahan-bahan tersebut tidak jatuh.

2. Panaskan oven suhu 150°C selama 10-15 minutes.
Masukkan dalam bekas aluminium (macam yang 2nd time saya buat / buat bulatan dan letak kat bulatan ( macam yang 1st time saya buat).
Bakar pada suhu 150°C selama 1 jam.
(Depends pada oven korang).
Sejukkan dalam oven dengan renggangkan sikit pintu oven.

Cream.
--------------
Penyediaan cream bila agak-agak paplova yang dibakar tu dah nak masak.
1 cawan whipping cream.
Putar hingga soft peak dan stop
Jangan terlalu lama.
Nanti cream akan terasing antara air dan cream.

Buah-Buahan
----------------------
Lagi sedap buah-buahan masam.
Untuk adunan rasa manis paplova.
Saya guna kiwi, anggur dan sunqist.
Potong kecil-kecil.

Okay.
Bila base paplova sudah disejukkan.
Sapu cream di bahagian atas base tersebut.
Letak hirisan buah-buahan.
Then simpan dalam fridge kejap.

Sejuk..manis..masam..
Padanan yang sangat menawan.

Cubalah! :-)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails