AWAS! TULANG ANDA BERISIKO OSTEOPOROSIS. Osteoporosis adalah keadaan di mana hayat tulang semakin
berkurang secara semulajadi/ Akibatnya, jaringan tulang menipis, rapuh,
keropos, dan mudah patah . Tulang merupakan jaringan yang mempunyai stuktur
seperti busa dengan rongga-rongga di dalamnya . Jika seseorang terkena
osteoporosis, maka lapisan tulang luar yang keras akan menipis dan
rongga-rongga di dalam tulang akan membesar.
Osteoporosis adalah sejenis penyakit yang
‘senyap’ dan serius. Kebanyakan wanita hanya mengetahui mereka menghidapinya
selepas mengalami retak atau patah tulang. Kesihatan tulang manusia merosot
secara berperingkat dan beransur-ansur dari umur 30-an. Namun, ianya belum
terlambat untuk mula menjaga kesihatan tulang anda,” katanya.
Osteoporosis bukannya sejenis penyakit yang boleh
disembuhkan tetapi ia dapat dicegah. Retak atau patah tulang pinggul merupakan
antara yang paling biasa berlaku di kalangan penghidap osteoporosis. Ia hampir
pasti akan membawa kepada kemasukan wad dan juga boleh membawa maut dalam satu
daripada setiap lima (20 peratus) kes patah tulang pinggul.
Antara 30 hingga 50 peratus lagi (yang patah
tulang pinggul) berkemungkinan besar mengalami kecacatan kekal yang akan
mengganggu pergerakan harian mereka kelak. Walaupun banyak berlaku di kalangan
wanita, tidak bermakna lelaki terlindung daripada osteoporosis. Namun, lelaki
mempunyai kelebihan yang memberi lebih perlindungan daripada penyakit tersebut
di mana kebanyakan lelaki menjalani cara hidup aktif dan secara semula jadi
mempunyai jisim tulang yang lebih tinggi berbanding wanita.
Keperluan kalsium harian orang dewasa yang
dianjurkan adalah 1 000 miligram per hari. Pada wanita yang telah memasuki fasa
menopause, kemampuan usus untuk menyerap mineral kalsium semakin menurun. Kadar
kalsium yang terserap pun semakin kecil.
Akibatnya, tulang akan kehilangan
kalsium secara semulajadi seiring dengan pertambahan usia sehingga tulang
menjadi rapuh.
Penurunan masa tulang kepada lelaki dan
wanita, dengan nisbah 1:3. Namun pada wanita, terutama yang telah menopause,
risiko semakin tinggi akibat menurunnya pengeluaran hormon estrogen yang
berperanan penting dalam tulang .
Secara alami, masa menopause pada wanita
biasanya berlaku pada usia 42-55 tahun . Setelah itu sekitar 1-2 tahun kemudian, proses
osteoporosis (pengeroposan tulang) bermula. Dan tulang anda berisiko osteoporosis.
Kesan osteoporosis di Asia dijangka
meningkat dengan perangkaan lebih 50 peratus kejadian retak atau patah tulang
pinggul dunia akan berlaku di rantau ini menjelang 2050. Oleh itu, penduduk
Asia, terutamanya wanita, disaran mendapatkan keperluan kalsium harian secukupnya
(antara 800 hingga 1,000 miligram) di samping nutrien penting lain seperti
protein, zink, magnesium dan vitamin D yang diperlukan untuk mengekalkan tulang
yang kuat dan sihat. Segelas susu berkalsium tinggi mengandungi 500 miligram
(mg) kalsium dan dua gelas susu tersebut cukup untuk membekalkan jumlah kalsium
yang disarankan setiap hari.
Dua unsur paling penting pembentukan tulang adalah
kalsium dan fosfat yang direkatkan oleh kolagen. Sekiranya pengambilan kalsium
berkurangan, maka tulang tidak terbentuk sempurna. Setelah tulang terbentuk,
akan terjadi peremajaan terus-menerus. Ini bermakna tulang diserap kemudian
dibentuk kembali. Yang menyerap adalah sel osteoklas, sedangkan yang membentuk
kembali adalah sel osteoblast. Itulah sebabnya kita selalu memerlukan kalsium.
Tujuannya untuk membantu proses peremajaan.
Kalsium adalah mineral yang terbanyak terdapat dalam
badan kita iaitu lebih daripada 90% bahan keras dalam tulang dan gigi. Ia
diperlukan untuk pembentukan dan bagi mengekalkan tulang yang kuat serta gigi
yang sihat. Ia juga untuk pembekuan darah, penghantaran gerakbalas saraf, dan
kontraksi otot. Peranan penting kalsium ialah mencegah penyakit osteoporosis.
KALSIUM amatlah penting bagi organisma hidup terutamanya dalam fisiologi sel, dan merupakan unsur paling biasa
dalam kebanyakan haiwan.
Bagi wanita yang alah kepada hasil produk
tenusu, ataupun risau pengmabilan kalsium yang tidak cukup lengkap dalam pemakanan seharian, SHAKLEE menyediakan 250mg kalsium dalam setiap caplets. Individu
digalakkan untuk mengambil 1000mg kalsium setiap hari dan cara yang terbaik
bukanlah ambil sekaligus 1000mg kerana ianya tidak akan menghasilkan kesan yang
baik. Kenapa? Sebabnya kalsium dapat diserap dengan baik bila diambil dalam dos
yang rendah. Sebaiknya adalah tidak lebih dari 500mg setiap kali pengambilan.
Sebab itu Ostematrix Shaklee dicadangkan diambil 4 biji sehari di mana 2 biji
diambil setiap pengambilan.
Dan Kalsium (ostematrix) juga baik diambil bersama makanan. Bukannya ketika
perut kosong.
Masa kalsium dalam tulang mencapai puncaknya pada
saat manusia berusia sekitar 30 tahun-an. Sejak itu , terus menurun. Ertinya
proses oeteoporosis sudah bermula sejak kita berusia 20-an. Oleh itu penjagaan
tulang haruslah bermula dari sekarang! Jika tidak TULANG ANDA BERISIKO OSTEOPOROSIS.
RUJUKAN:
http://majalahkesehatan.com/beberapa-fakta-penting-mengenai-kalsium/
http://www.bee-health.com/m/articles/view/Kaitan-Kalsium-dengan-Osteoporosis
https://www.facebook.com/#!/photo.php?fbid=10201111345810977&set=gm.596932317028020&type=1&theater
Dapatkan SUPPLEMENT KALSIUM SHAKLEE (OSTEMATRIX) SEGERA. JIKA TIDAK TULANG ANDA BERISIKO OSTEOPOROSIS.
CONTACT : SITI 109.619.2219
FB : SITI ZALEHA WAHID
SID: 886357
No comments:
Post a Comment