Semalam..sementara menunggu adik ipar memilih perabot untuk bilik pengantinnya.. suami menunjukkan saya satu artikel yang sangat menarik daripada akhbar KOSMO iaitu BAHAYA SKRIN SESENTUH.
Menurut penulis tersebut Kanak - kanak yang sering menggunakan skrin sesentuh komputer tablet tidak membina otot yang diperlukan untuk menulis. Kerana otot otot meteka tidak dirangsang dan seterusnya menjadi lemah.
Bukan itu saja.. banyak lagi kesan buruk yang akan dan bakal berlaku.
Penulisan beliau diperkukuhkan lagi dengan hasil kajian berikut;
1) Pakar kanak kanak Pusat Perubatan Greater Dr Timothy Doran :Penggunaan komputer tablet tanpa pengawasan 3-4 jam sehari boleh memberikan kesan negatif kepada pembangunan modal insan.
2) Akademi pediatrik Amarika mengeluarkan garis panduan iaitu
i- Kanak kanak tidak dibenarkan menggunakan skrin sesentuh lebih dari 2 jam.
ii- Kanak kanak dibawah umur 2 tahun tidak dibenarkan menggunakan skrin sesentuh.
3) Penyelidik dari Lembaga Kesihatan Universiti Morgannwg Abertawe Bro:Generasi muda akan berdepan dengan masalah kesihatan pada bahagian tengkuk dan belakang apabila mereka menggunakan komputer, permainan video dan telefon pintar.
Mungkin sikap ibubapa yang suka memberikan anak anak kecil mereka ipad, tablet atau apa sahaja gadget skrin sesentuh harus dihentikan segera.
Sebabnya jika ianya tidak ditanggani sekarang ia akan memberi kesan jangka panjang apabila anak anak meningkat dewasa.
Gusar kan!
No comments:
Post a Comment