Saturday, November 5, 2011

.::Kisah di Dewan Jubli Intan::.

Assalamualaikum ..
Salam sejahtera..
Salam 1 Malaysia..

Memang betul takleh dilupakan..
Ingat g Dewan Jubli Intan nak bli handbeg..
Abang nak beli kasut sukan..
Amklumla ade jualan sempena raye Deepavali..
tengok handbeg..jenama BUM..
Tapi macam tampal je brand..Sebab biase kalu BUM kat pasaraya..
Die ade cetak brand kat kain bahagian dalam..
tapi ni mcm takde..
Hrga boleh la tahan..
Takde pattern berkenan..En suami nak beli kasut sukan..
Kepala aku dah rase pening..
Aku berdiri je semntara encek suami cari kasut yang die berkenan..
Kepala dah pusing..
Aku cube keluar cari tempat duduk..
Ingat dah duduk baru nak inform encek suami..
tapi tak sempat...
Sampai kat pintu besar Dewan tu..
Pndangan dah gelap..
Rase berpusing-pusing..
Confirm blh pitam..
AKu pegang pintu n jatuh..
Sempat tengok encek suami harap die nampak..
Alhamdulillah..
Die sempat sambut aku n paph keluar sebelum aku pitam..
Akak yang kat luar datang tanye..
Prihatin akk tu..
Syukr encek suami park kete dekat..
AKu duduk atas simen dewan tu..Encek suami amek kete..
Masuk kete dan terus balik..
cancel sume plan ari ni..
Enc encek suami terpakse berbuke dalam kete..
huhu

Syukur tak pitam..
Kalau tak..
Beraye kat hospital hari ni...
huhuhu..

Selase ni g Tey..
Mesti kene tanye doc..
Risau aku nye blood pressure rendah..

Ya Allah..
Lindungi la aku n baby ku ini..
Amin..

Sunday, July 17, 2011

.:: mY pOtaTo chiCkeN muShRoOm sOuP::.

The menu of the day..
"pOtaTo chiCkeN muShRoOm sOuP.."

Menu sendiri..macam jadi..
Tapi rase cam terlebih oregano..
Dah otter dengan susu..
Macam dah ok sket..




So resepi..

Secawan/sekotak susu segar (aku just guna susu tepung and bancuh);
2 Sudu besar tepung gandum;
1 kiub ayam Knorr (sebab aku tak suke brand maggi);
1 ulas bawang putih dicincang halus..
Sedikit minyak masak 9aku gune mazola~less callories)
isi ayam dipotong dadu,
Cendawan butang dipotong dadu;
Then 2 biji kentang direbus dan dilenyek
garam + gula sesedap rasa,
Sedikit serbuk lada hitam.
Sedikit serbuk oregano (kalu suke);

cara-cara
masukkan tepung gandum n susu..kacau hingga sebati
(kalau berketul tapis)
dalam periuk masukkan minyak,...goreng bawang putih..masukkan kiub ayam..
masukkan ayam..masukkan susu+gandum yang telah ditapis..
kacau gune api perlahan;
dah menggelegak sedikit..
Masukkan potato yang telah dilenyek..
kacau lagi..
then masukkan mushroom butang,
kacau hingga pekat..
masukkan garam + gula sesedap rasa,
kacau hingga pekat..
SIAP!!

sedap dimakan bersama garlic bread..

Epal ni saje je..:-)

Saturday, July 16, 2011

.::BPA::.

Assalamualaikum,

ok..mari kite bertopik mengenai BPA..
Apakah itu BPA?
BPA adalah Bisphenol A yang biasanya terdapat dalam pembuatan bahan/bekas plastik..
..Biasanya BPA akan digabungkan dengan bahan kima yang tidak kurang bahayanya iaitu NANOSPHENOL bagi menjadikan bekas plastik yang dihasilkan lebih kukuhdan kelihatan menarik.
ingat dulu penah ade isu botol susu kanak-kanak yang diharamkan sebab ada BPA...

BPA merupakan punca lelaki menjadi lembut
sebab??
Sebab kandungan molekul dalam BPA sangat mirip dengan hormon tubuh badan wanita iaitu estrogen.
Kehadiran hormon tiruan di dalam badan lelakinakan merendahkan penghasilan hormon testosteron sehingga mungkin menjadikan golongan lelakiakan mengalami masalah kesihatan berhubung dengan keupayaan fungsi seksual dan sedikit menjejaskan tingkah lakunya..

Kajian telah dijalankan di Tasik Apopka Florida dimana buaya jantan yang berada di dalam tasik Apopka ni terdedah kepada bahan buangan plastik kesan daripada pencemaran dan pembuangan plastik yang tidak terkawal di kawsan tersbut. penelitian pakar danpara saintis mendapati kebanyakan buaya jantan di tasik Apopka telah mengalami pengecilan organ pembikannya..dan secara perlahan-lahan bertukar menjadi buaya betina..

Kajian keddua dilakukan ke atas sebuahtasik di Jepun yang mengalami pencemaran teruk industri pembuatan plastik oleh industri di sekitarnya. Penelitian dan kajian selama bertahun-tahun oleh para saintis mendapati ikan koi dalam tasik itu juga mengalami fenomena yang sama dengan buaya jantan di tasik apopka Florida. hampir semua ikan koi yang berada di sana adalah ikan betina dan kebanyak anak-anak ikan koi yang baru menetas juga adalah betina.

Sangat merisaukan sekiranya kejadian tersebut turut berlaku dikalangan manusia..Kajian ke atas manusia telah dilakukan pada tahun 1999 mendapati keganasan bahan itu meracun tubuh badan manusia. Pendedahan BPA menjadikan kaum lelaki berubah tingkah laku menjadi mirip perempuan..
Sangat membimbangkan...

Oleh itu mulai sekarang;
1. Elakkan untuk mnum dalam bekas yang berasaskan plastik. Selain telah dipastikan bekas plastik yang digunakan adalah bebas BPA.
2. Jangan memanskan makanan di dalam plastik. Sebab apabila didedahkan kepada suhu tinggi, bahan kimia BPA lebih mudah untuk merembes keluar.
3. memilih barangan yang bebas toksik.

jaga kesihatan..Mencegah lebih baik daripada mengubati...
(sumber : Majalah iSihat Jun 2011
Gambar :Makcik GOOGLE)


Friday, July 15, 2011

.::ThE eMpty WeKeNd::.

Sangat bosann..
Bosan sangat..
Amat bosan..
Bosan yang amat...

Arghhhhh....

Encek Suami balik Ipoh..
Nak ikut tak boleh..
kalu boleh dah lame ikut...
so menghadapi hujung minggu yang membosankan...
S.o.r.a.n.g - s.o.r.a.n.g ~ ~ ~

Nak g jejalan?
Mrs TAP pun ikut ke Ipoh..
Mr AEA plak kunci takde?
Mr AFU?? takut la..
Dah lama dah tinggal..

So? Ape nak buat ni?
Nak masak? Sape nak makan..
Nak main catur? takkan sorang-sorang...
Layan facebuk pon dah tak larat..
Tivi pom takde rancangan best..
 I really need my Encek Suami...!!!

Owh..sangat bosan...
huhu...
Harapnya bangun pagi esok..
Tercetus la idea yang buleh hilangkan bosan ni..


Sekadar gambar hiasan :-)
Sumber : Makcik GOOGLE..

Wednesday, July 13, 2011

.:: oAt aDdictEr::.

Hmm..
Penjagaan kesihatan memang sangat penting..
tentu kamu sudah lame tahu kan?
Tapi kesedaran je belum wujud..
kan??..kan??..
So bile nak wujudnya kesedaran tu?
takkan dah terlantar kat hospital baru nak paksa kesedaran tu datang..
jangan dah terkena baru nak terngadah..
Sesal dulu pendapatan..

Naauzubillahiminzalik...

Orang cakap penyakit jantung pembunuh no . 1..
Orang cakap penyakit jantung pembunuh dalam diam..
Orang cakap pesakit jantung kene jage pemakanan..
Orang cakap pesakit jantung kene brenti merokok..
Orang cakap pesakit jantung kene brenti minum arak..

Oleh itu..brenti merokok..
Brenti minum arak..
Brenti makan makanan berlemak +berminyak...
dan brenti minum ais..
Brenti jadi fast food addictor..
Tapi biasenye yang tak sihat tu yang sedap..kan?..
Mungkin...hmm..

Korang nak ke tinggalkan anak isteri/suami dalam usia muda?
Dengan anak-anak masih bersekolah..
Dengan hutang piutang keliling pinggang..
Dengan loan sana sini..
korang nak ke terhalang untuk makan walaupon selera makan korang membuak-buak..
korang nak ke terhalang untuk melakukan aktiviti harian korang..
Mencegah lebih baik daripada mengubati..

hmm..memang better late than never..
But if there is too late it's better never rite?

So.............................................
JOM MAKAN OAT~~~
BersAmA 
my fav milk "SuSu NeSviTa omeGa PluS"
Dan BuAh-buAhaN..
 (Sumber Gambar :Makcik Google)

Susu nesvita omega plus menagndungi Acticol yang membantu mengurangkan kadar kolesterol dalam darah
Rendah kandungan lemak iaitu 2.9 g fat per serving..
tinggi calcium (yang membantu memperkuatkan tulang dan gigi) dan
tinggi kandungan protein ..
(ceh..buleh jadi duta Nestle ni..)
ha.ha.ha.

Apa yang penting??
USAHA + DOA + TAWAKKAL..

.:;ALaM rEmaJa::.

"Jika ditanyakan kepadaku tentang alam remaja...
Nescaya aku akan berkata..
Tiada kehidupan yang lebih singkat...
Daripada menerima ilmu yang luas.." ((ibnu Sina-Ilmuwan Muslim)

Ilmu yang dimaksudkan adalah ilmu yang bermanafaat..yang boleh digunakan untuk perkembangan dan pembangunan ummah sejagat..Ilmu boleh dituntut daripada pelbagai sumber ilmu, dalam pelbagai taraf kehidupan dan malah sesiapa sahaja berhak menjadi sumber ilmu..Apa yang penting adalah niat dan keikhlasan dalam mencari ilmu..

Dulu, aku ade terfikir..Kenapalah begitu ramai golongan cendekiawan,, para ilmuwan dan sekumpulan profesional yang terlibat dalam kumpulan militan..ajaran sesat yang terlalu obses kepada agama sehingga tidak dapat menilai ilmu yang diikuti betul atau tidak..etc...dan akhirnya aku ketemu jawapanya..
kenapa ya?so lets share coz sharing is caring rite?:-)

Ok..semuanya bermula apabila kesedaran agama membuak-buak dalam diri mereka..mungkin terhasil daripada pembacaan , kajian dan perbincangan bersama para sahabat cendekiawan mereka yang lain..Lalu timbul satu perasaan untuk membuat perubahan..perubahan yang diinginkan adalah terlalu mendesak dan mendadak..dan pada masa inilah syaitan mula memainkan peranan..dan disitulah perangkap taksub mula menganga seluas-luasnya..

Teringat kisah Adam dan Hawa yang diturunkan ke bumi kerana termakan oleh hasutan syaitannirrajim..syaitan laknatullah menghasut Hawa untuk memakan buah yang dilarang Allah dengan mengatakan bahawa bila mereka memakan buah tersebut, maka mereka akan terus kekal di syurga.

ok..kembali kepada kisah tadi..syaitan menipu daya manusia dengan menanam sikap gopoh gapah dan ingin cepat berubah dan mengubah. Mereka berasa ilmu sudah cukup penuh dan mereka sudah cukup bersedia. Mereka berasakan ilmu sudah cukup di dada dan mereka mula berhenti untuk mencari dan terus mencari ilmu..
Mereka tidak dapat melihat agama yang kulliyah(menyeluruh) dan hanya melihat agama dari sekadar serpihan dengan membatasi sumber rujukan. Mereka berjaya melihat islam sebagai satu cara hidup yang menyeluruh tetapi mereka tidak dapat melihat islam yang menyeluruh daripada sumber yang menyeluruh.

Syaitan sentiasa berperanan dan mengeksploitasi keadaan dan pemikiran manusia untuk membawa manusia moden kearah taksub..

Jika semua negara maju merebut dan berlumba-lumba ke arah era ICT..Negara-negara maju bercakap tentang pasca-ICT, Barat mula bercakap tentang The Dream Society..Satu masyarakat yang penuh dengan nilai-nilai murni bagi menggantikan Information Society...
Mungkin keseimbangan akan wujud bile The dream society = Informatin society...Mungkin??
(sumber:Solusi. Kisah Nabi-nabi)



Thursday, July 7, 2011

.::peRcuBaaN::.

Assalamualaikum..
Entry ke-3 untuk ari ni..
Makanya ari ni buleh dapat award..
Sebab setakat ni..
hari ni merupakan hari yang paling banyak entry..
Sudah..sudah..ape low clas punye award..ha.ha.ha..

Hmm untuk entry kali ni..aku ingin bertulis mengenai adobe photoshop..
Adobe photoshop..Menggunakan kaedah inverted..
Bestnye kalu dapat master sofware ni kan..
So ni adalah percubaan aku...
Setelah sudah lama mencari kaedah nak bagi background black n white tapi ape yg nak fokus tu color...
Pape pom..trime kasih kepada Fizah dan VivaViviane sebab membagi sofware tersbut..:-)
So ini adalah hasilnya..
Cantik bukan?? yela..dah model pom cantekkk..ngehngehngeh (ececececey..perassannn...)
owh..mungkin bule dapat entry yang paling perasan kot..
ha.ha.ha.padan muke..!!


ok,.itu saje..
Bubbye..

.::SpeEchLeSs::.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------.
Hmm..Not any words can express my feeling..
When the first time in my life..
Compassionately, I saw him crying..
Owh..feeling really sad..
................................
May Allah give us strength..and patience..
Showing us the way to solve all the matters..
Endowing all the attempts..
Because Allah knows everything
Subhanallah..Alhamdulillah..Allahuakhbar..
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Wednesday, July 6, 2011

.:: keNduRi DuRiaN::.

Assalamualaikum..

Entry kali ini ditulis setelah dipush oleh bau durian yang begitu menususk idungku yang tak berape nak sepet ni..
Bau durian tersebut datangnya dari jiran sebelah bengkel...
huhuhu..
Sebenarnya durian memang sangat menggiurkan (ececehceh...)
dan Memang sangat peberet...
lebih lagi bile tengok begitu banyak durian di bukit pasir..
dengan isinya yang kuning bersiorr..(macam gambo kat bawah..~~..)

Sumber : wardahilmu.blogspot.com




gambar sume

Sedikit info pasal durian ni;
"Durian mengandung mineral semulajadi yang mudah dicerna oleh tubuh kita, durian juga mengandung fosfor dan zat besi 10 kali lebih banyak dari buah pisang.."

Tapi..
Encek suami not feeling well a few days ni..
So terpakse cancel untuk makan durian..
kalau tak kesian kat die..
takkan aku nak makan durian sesorang..
Sambil Encek Suami menengok aku makan,...
Owhh..enggak bolehh..
Sangat tidak patut..
So ape lagi..
Jom kekawan kite bershopping durian nanti nak??
Kite berKENdURI DuRiAn di bengkel..
haRi iNi laH sebab esok saye cuti...
~ngehngehngeh~


.:: SaKiT jaNtUnG::.

Assalamualaikum..
Naauzubillahiminzalik..
Semoga kita semua dikurniakanNYA keselamatn dan kesihatan untuk terus berbakti kepadaNYA..
InsyaALLAH..
Subhanallah Maha Suci ALLAH yang MAHA MENGETAHUI SEGALA-GALANYA..


Jantung manusia terdiri daripada serabut-serabut otot khusus yang bekerja untuk mengepam darah. Apabila otot jantung tidak mendapat bekalan darah yang cukup, seseorang itu dikatakan mengidap sakit jantung. Antara penyebab bekalan darah ke otot jantung tidak cukup, disebabkan saluran darah menjadi sempit kerana dinding sebelah dalam saluran darah dipenuhi lemak, terutamanya "kolesterol".

Serangan Penyakit Jantung

Penyakit jantung digambarkan sebagai rasa kesakitan yang amat sangat di bahagian dada yang berterusan sehingga setengah jam, menjalar kearah tangan kiri dan rahang. Pesakit akan mengalami keseukaran untuk bernafas dan perasaan takut yang keterlaluan.

Sebab sebenar rasa kesakitan ini adalah disebabkan kematian sebahagian otot jantung yang disebabkan oleh salur darah di bahagian tersebut tersumbat. Lebih besar salur darah yang tersumbat, lebih merbahaya serangan jantung tersebut. Sekiranya saluran darah tertutup sepenuhnya, sebahagian dari otot jantung akan rosak. Kemudian, sakit dada yang teramat sangat akan terjadi. Keadaan inilah yang dinamakan "serangan sakit jantung".

Faktor Penyebab

Asap Rokok
  • Mempercepatkan pembekuan darah
  • Menggalakkan pemendapan lemak pada dinding saluran darah.
  • Mengurangkan bekalan oksigen ke jantung.
  • Tekanan Perasaan
  • Seseorang yang mengalami tekanan perasaan, degup jantungnya, meningkat.
  • Tekanan darahnya juga meningkat.
Kandungan Lemak Yang Tinggi
  • Lebih tinggi kandungan lemak, lebih berbahaya. Makanan yang tinggi lemak, adalah seperti mentega, minyak sapi, daging berlemak.
Kurang bersenam
  • Senaman penting untuk menguatkan jantung.
  • Ia juga penting untuk memperbaiki pengaliran darah ke
  • jantung. Bersenamlah.

Darah Tinggi
  • Darah tinggi menggalakkan berlakunya penyempitan saluran darah.
  • Jantung "terpaksa" mengepam lebih kuat untuk mengalirkan darah melalui saluran yang sempit itu.
  • Lebih tinggi tekanan darah, lebih besar pula peluang serangan sakit jantung.
Kencing Manis
  • Pesakit kencing manis lebih tinggi peluangnya mendapat serangan sakit jantung
Faktor-Faktor Yang Meningkatkan Kemungkinan Menghadapi Penyakit Jantung Koronari
  • Jika anda mempunyai keturunan yang mengidap penyakit jantung.
  • Jika anda berusia 35 tahun ke atas dan mempunyai masalah berat badan.
  • Jika anda merokok.
  • Jika anda gagal mengawal tekanan darah anda.
  • Jika anda mengidap penyakit kencing manis.
  • Jika anda menghadapi masalah mengawal tekanan.
  • Jika pemilihan makanan anda tidak betul makanan anda mengandungi kadar kolesterol dan lemak yang tinggi.
  • Jika anda kurang bersenam.
  • Jika anda kurang memakan sayur dan buah segar.
Mengurangkan Risiko Sakit Jantung
  • Anda boleh memastikan sama ada keluarga sebelah ibu atau sebelah bapa anda ada yang menghidap penyakit jantung. Sekiranya ada, anda perlu lebih berwaspada dengan tanda-tanda penyakit jantung dan digalakkan menjalani pemeriksaan tahunan.
  • Berhenti merokok terutama sekiranya anda berusia melebihi 35 tahun.
  • Mengambil ubat dan mengawal permakanan anda sekiranya anda mempunyai tekanan darah tinggi atau kencing manis.
  • Mengawal tekanan perasaan anda dan jangan cepat meradang atau runsing.
  • Digalakkan memakan daging putih "white meat" seperti daging ayam, ikan, dan mengelakkan dari terlalu kerap memakan daging merah "red meat" seperti daging lembu, kambing, kerbau dan lain-lain sepertinya.
  • Mulalah bersenam secara beransur-ansur.
  • Gentian serat yang terdapat dalam makanan dipercayai boleh menyerap sebahagian dari lemak / kalesterol, oleh itu pakar permakanan mempercayai makanan yang banyak serat seperti bijiran oat dapat mengurangkan jumlah kalesterol yang diserap oleh badan.
Sumber Maklumat: Kementerian Kesihatan dan Utusan Malaysia


Read more: http://www.resepirahsiaku.com/2011/06/doa-untuk-pesakit-jantung-supaya-sembuh.html#ixzz1RJKfnMYX


Saturday, June 25, 2011

.::Al-Fatihah::.

Assalamualaikum
26 Jun 2011

Alfatihah buat arwah Noor Azri iaitu driver IKBN Pagoh yang telah menghadap ilahi pada 25 Jun 2011 akibat serangan jantung..Terkejut bile kak ikin call malam tadi inform pasal hal ni..Yela  Jumaat lepas ade perjalanan dengan arwah ke Persada JB untuk program KEPAK..
Hmm..semoga keluarga arwah sabar dan tabah menghadapi ujian Allah ini..Sesungguhnya Allah lebih menyayangi beliau..Semoga roh beliau ditempatkan bersama-sama orang-orang yang soleh dan solehah..Amin...

Thursday, June 23, 2011

.:;ChocoLaTe Cake::.

Assalamualaikum.
Update again
macam dah bersawang sket blog ni kan.
almaklumkla..tuannya sentiasa dibizi dan membizi..
La ni baru ade mase sket sementara nak menunggu megi yang baru masak tu sejuk..
hihihi..

hmm ok..
merujuk kepada tajuk di atas..
saya tidak ingin bercerite mengenai megi..
Tetapi saye ingin bercerite mengenai kek coklat saye..
yang juge baru masak itu..
owh..nak tengok gambar ye..
jap ye..
bersabar tu kan..
SEBAHAGIAN DARIPADA IMAN...
hihihi..

erm ok..
ni gambar die...
appearance die tak lawo..
maklumla first time buat..
pastu gas lak abis..
tu yang tak sempat nak wat topping tu..
(*sudah la wahai Pn sizawa..memang tangan kamu itu tidak berseni..ngehngehngeh...)

Saya sangat gembira..sebab bagi saye rasenye sangat sedap..(ceh..perasann)
walopon luarannya nampak hodoh..
Sebenarnya dah lame Encek Suami suruh aku membikin itu kek..
Hari ni baru jadi..Alhamdulillah...
maklumla nak sambut kepulangannya dari Kuanbtan nanti..ceewahh...ha.ha.ha...

ok..sudah..sudah...
Ni gambar-gambar kek yang 'sangat CaNtiK' itu...;-)
Kek dalam loyang

kes sparuh kukus n sparuh bako
Best tak nampak..memang best sangat..:-)


i like...

Recipe..(thanks Kak anis for this recipe..)

BAHAN A
2 1/2 CAWAN TEPUNG GANDUM
1 CAWAN KOKO
11/2 SUDU KECIL SODA BIKARBONAT
1/2 SUDU KECIL BAKING POWDER

BAHAN B
2 CAWAN GULA KASAR
1 CAWAN MINYAK JAGUNG
1 CAWAN SUSU CAIR
3 BIJI TELUR
ESEN VANILA

KAEDAH:-
1. +KAN SEMUA BAHAN B DAN KACAU SEHINGGA GULA LARUT
2. DAH LARUT, +KAN BAHAN A SEDIKIT DEMI SEDIKIT;
3. KACAU LAGI SEHINGGA SEBATI;
4. DAH SEBATI + 1 CAWAN AIR PANAS DAN KACAU LAGI;
5. PANAS OVEN, SAPU LOYANG DAN ISI KERTAS
6. BAKAR SUHU 180 DEG CELCIUS & BAKAR 45 MINIT

TOPPING
1. 3 @ 4 SUDU BESAR KOKO;
2. 1/2 TIN SUSU PEKAT;
3. 1/4 BUKU BUTTER @ MARGERIN @ PLANTA
4. ESEN VANILA
5. KUNING TELUR
 - Semua bahan dimasak di atas air mendidih (double boiler);
- sejuk baru letak topping..
Pastu leh hias..

Selamat mencube..:-)



Thursday, June 9, 2011

.::It's All About A T T I T U D E::.

Dikala aku menulis belog ini,
Hati aku tersangat geram..
Geram karenah sekumpulan bebudak ini..
Yang seolah mencabar aku..
Minggu lepas aku dapati mereka telah meniru..
Walaupon aku telah menyuruh mereka menghantar assignment menggunakan tulisan tangan..
Namun mereka masih meniru..
Aku masih lagi memberi muka..
Dan aku menyuruh mereka menghantar esok pagi..
Namun esok paginya..
Jawapan mereka masih sama antara satu sama lain..

Oh..rupanya Mereka M E N I R U lagi…
Dan aku telah mengoyak kertas tersebut dihadapan mereka..
Dan soalan lain aku beri yang lagi susah..
Kalau mereka masih meniru..
Makanya SURAT AMARAN ketiga akan aku keluarkan..
Bersama surat amaran pertama dan kedua serentak..
Biar padan dengan muka mereka..
Yang tak pernah serius dalam menimba ilmu..

Tapi..mereka sudah tidak meniru..
Makanya aku telah memberikan markah yang MINIMA buat mereka..

Dan hari ini kesabaran aku diuji lagi..S E K A R A N G…
Aku sedang menngawas bebudak ini lagi..
Peperiksaan teori bagi modul rakan seperjuangan..
Kalau ikutkan hati aku malas dan takde hati nak berurusan ngan dorang hari ni..
Tapi semasa aku masuk ke bilik kelas setelah memasukkan markah di bilik pengajar sebelah..
Satu-satunya pelajar perempuan itu ..
Terkocoh-kocoh menyimpan notanya..
Owh..langsung mood aku jadi bertambah tidak elok…
Dan setelah sejam peperiksaan berlangsung..
Aku menangkap seorang lagi yang meletakkan notanya di celah-celah kertas..
Oh..sungguh tiada adab pelajar-pelajar tersebut..
Sungguh aku GERAM………dan SANGAT GERAM……………….

It's all about ATTITUDE...

Thursday, May 26, 2011

.::TaKut & pEnAkuT::.

Saye takut kah?
Penakutkah saye?
hihihihi...

Owh..tidak..
(sambil mata dan kepala asyik tertoleh ke arah dapur)huhu
Hmm encek suami tidak ade malam ini..
Jadinya saya membuka semua lampu di rumah saya..
Sebabnya bila saya berseorangan..
Saya memang suke suasana dalam rumah macam siang hari..
Sebab ..
Untuk elakkan nyamuk..
Sebab..
Saya nak test semua lampu di rumah saya berfungsi ke tidak..
Sebab..
Kalau saya keseorangan macam-macam saya dengar..
Jadi..
Saya sebenarnya tidak P E N A K u T kan??huhu...



Kalau encek suami bace belog ini..
Mesti die akan berguling-guling..
GELAKKAN saya..
huuhuhu


Sunday, May 22, 2011

<:::A BiRtHdaY cELeBrAtiOn:::>

Assalamualaikum..

Hmm..just a few words..
TERIMA KASIH ABANG..
LOVE YOU SO MUCH
EVER AND FOREVER...

A birthday celebration at KLCC and JUSCO Seremban..
Terima kasih kepada Encek Suami for the present..
Sangat best..:->


Yogurt CheeseCake

CheeseChocolateBrown Cake

Tropical smooties

Ice lemon Tea

The sweet moment for the sweet C O U P L E

@ SecReT ReCipe KLCC on 01st of May 2011 (sunDaY)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails