Thursday, October 21, 2010

Chop & Steak @ Bandar Selayang Baru

Assalamualaikum..
21 Oktober 2010..

Sangat teruja untuk tulis entry kali ni..of course berkenaan makan dan makanan..Seperti biase aku sangat suke mengexplore tempat makan..lebih-lebih lagi kalau makanan tu memang tergolong dalam makanan feveret aku..(urmm..sume makanan feveret rasenye..hihihi)
So..cam biase..bukan sizawa nye blog kalau takde gambar kan?
 My Golden Blue Chicken chop..kat dalam ayam tu ade cheese..aku suke makan ngan black pepper sauce  :-)

Garlic bread ngan mushroom soup..side dishes..

Ni adelah Golden Blue Chicken Chop ngan sauce dei yang sebenar..Sweet sauce..
Our drinks..

Chop & Steak ni kat Bandar Selayang Baru..betul-betul dekat traffic lite kat Selayang Mall..Dekat dengan Mydin Selayang..Nasriah yang perkenalkan tempat ni kat aku..terus aku ajak die pegi..Thanks to Nasriah, Kak Ikin n Eley..berbaloi-baloi je rase..Harga memang reasonable..Korang bayangkan 3 set Golden Blue Chicken Chop, 1 set Chicken Chop, 1 set garlic bred n mushroom soup, 2 fruit juice, 1 tea o ice n 1 tea ice..hanya RM56.00.. 

Rase macam nak pegi lagi..Jom Encek tunang..;-)

Monday, October 11, 2010

Selamat pengantin Baru

Assalamualaikum
11.10.2010

Selamat pengantin baru to my dearest fren  Mimi n Padil..Alhamdulillah...sumenye selamat sudah..majlis berlangsung pada 09 10 2010..I am really hepi for her..Cinta yang berputik di zaman Uni..hihi..

Walaupon aku tak dapat attend kenduri die..namun aku berasa sungguh seronok sebab dapat gak jumpe die before she get married..ye la...lame rancang nak jupe..dan akhirnya dapoat jupe gak..InsyaAllah ek mie..sebelah padil nanti aku pegi kalu takde aral,...
Miss you Pn Mimi!!

*Berjumpa di ECM Kuantan..Also tqvm to Encik Buah hati kerana membawa aku berjumpa Pn Mimi..;-)

Wednesday, August 25, 2010

~KiSaH BuRuNg dAn ciCaK~

Asssalamualaikum..
Salam Ramadhan..
Salam 1 Malaysia.

Okey..disini saya ingin berkongsi satu cerita berkenaan kisah si burung kecil dengan cicak...

Masih ingat lagi kisah Nabi Isa a.s yang ingin dibakar hidup-hidup..dan dengan izin Allah S.W.T Nabi Isa telah telah ditukarkan dengan seorang pemuda yang ingin membunuh Nabi Isa iaitu Yahuza..Allah jadikan Yahuza menyerupai nabi Isa a.s.Begitulah..Kun Fayakun..Jika Allah kata jadi maka jadi lah sesutau tu..
Ok..berbalik kepada si burung..Dengan api yang marak membakar Yahuza yang kononya Nabi Isa, maka si burung mengambil air dengan paruhnya dan menyiram api tersebut..Perlakuan tersebut berualang kali dilakukan dan menimbulkan kehairanan kepadan makhluk-makhluk yang lain..Maka bertanyalah sang pokok kepada si burung kecil tersebut
"Kenapa engkau melakukan kerja yang sia-sia sedangkan engkau tahu, air dari paruh mu tidak akan mampu memadamkan api tersebut.."
Maka burung menjawab
"Ya..aku tahu air dari paruhku tidak akan mampu untuk memadamkan api ini..Namun aku tersangat takut apabila memikirkan di alam barzakh kelak, di mana aku dipersoalkan tentang apa peranan aku dalam membantu nabi Isa a.s yang sedang dibakar hidup-hidup"..Subhanallah...MasyaAllah...
Sedangkan pada masa yang sama , sang cicak makin meniup api bagi tujuan memarakkan lagi api tersebut..

Begitu la kehidupan kita seharian..kita sentiasa mempersoalkan apa reward yang kita akan dapat apabila melaksanakan sesuatu perkara..sedangkan sumbangan kita adalah sebesar hama..
Wallahualam...

Hanya insan kerdil bergelar ~S.I.Z.A.W.A~

CiNtA aKu pAda si diA..

Cinta itu buatkan
Cinta utamaku lemah
Cinta aku pada si dia
Buatkan cinta aku pada Tuhan
Allah Yang Maha Esa..

Buatkan cintaku pada Rasulullah
Kekasih Yang Maha Kuasa
Buatkan cintaku pada agama
Islam yang gah agung

Buatkan cinta aku pada iman
Nur yang sentiasa terang
Seakan-akan goyah
Umpama meniti jambatan rapuh
Yang kalau-kalau ditiup angin kencang
Rebah sujud sia-sia ke bumi

Cinta aku pada si dia
Mencalar kotor pada pahalaku
Bertambah erat pula
Pegangan si dosa-dosa

Cintaku pada si dia
Buatkan jiwaku resah
Bernanah dengan maksiat
Zina mata, zina hati

Buat aku terus-terusan gelisah
Melihat pasangan lain
Melayari bahtera durjana
Yang kononnya indah

Walhal aku tahu
Halal haramnya...

Meskipun aku tahu
Baik buruknya...
Sungguhpun aku tahu
Azab dan siksanya...

Bukankah cintaku aku pada si dia
Harus bawaku dekat
Ke kota pujaanku...syurga
Bukankah cinta aku pada si dia
Harus jauhkan aku sejauh-jauhnya
Dari neraka yang pedih azabnya

Jadi...
Mana mungkin cinta ini
Cinta aku pada si dia
Adalah cinta bisikan Allah

Mana mugkin cinta ini
Cinta aku pada si dia
Adalah cinta yang bisa buatkan aku
Bahagia dunia akhiratnya
Mana mungkin cinta ini
Cinta aku pada si dia
Adalah suci, tulus dan perawan

Aku muhasabah nilai cinta ini
Sebak dada, kusut jiwa
Menitis air mata seorang hamba derhaka
Mengenangkan betapa murahnya nilai cinta ini
Hinanya cinta ini disisi tuhan

Cinta yang aku dambakan
Cinta aku pada si dia
Tiada apa-apa erti buat Tuhan
Hanya lumpur noda mengundang murka...

Rupa-rupanya
Cinta aku pada si dia
Tidak layak menggapai rahmat
Tidak layak menjemput berkat
Dan tidak akan pernah mengundang keredhaan

Maafkan aku Ya Allah
Maafkan aku untuk ada rasa
Cinta aku pada si dia
Yang tidak ada nilai di mata mu Tuhan

Ya Allah
Jodohku ditanganmu
Kalau benar
Cinta aku pada si dia
Hanya menambah timbunan dosa
Aku mohon ampun Ya Allah

Doaku...
Harapanku...
Pintaku dengan harap...
Harap dengan sangat...
Penuh rendah diri sebagai hambamu
Kurniakan aku masjid yang sempurna

Dengan jodoh yang baik-baik
Penuhi pertemuan dan perpisahannya
Dengan iman, nur dan rahmatmu...
Biar jodohku itu...
Buatkan aku dekat padamu Ya Allah
Biar jodohku itu...

Buatkan syurga nanti jadi naungan untukku
Biar jodohku itu...
Buatkan aku lebih mencintaimu
Lebih dari segalanya Ya Tuhan...

Ya Allah... Amin...

Adaptasai daripada taZkiRah~I LUV ISLAM~

Saturday, August 14, 2010

Juadah.

uih..dah hari ke 4 berpuasa..
Ku tak tahu nak masak ape untuk berbuke ari ni..
Senang-senang panaskan je la nasi goreng malam tadi..
lagi pon makan sorang2 je..
Buleh je la...
Hari 1 dan 2 OFF..
Hari ke 3 Tomyam..Wullaweh
Sedap bangat kok..
Memang membuka selera,...
Ari ni nak masak ape ek??huhu

Marhaban Ya Ramadhan 1431 H

Assalamualaikum
Time to blog..
14 Ogos 2010

Pejam celik pejam celik..dah 3 ari umat islam berpuasa..sungguh cepat masa berlalu..kejap je rase..nanti ni tup tap tup tap dah raye..24 jam sekrang rase kejap je kan..urm..maybe dunia pon dah tue dan semakin menghampiri penghujungnya..Kalau kite imbas kembali perjalanan Rasulullah untuk menemui Tuhan yang Esa...pada peristiwa Isra' dan Mikra' ..Dimana dalam perjalanan, baginda menemui orang tue yang dah bongkok..Dan apabila ditanya kepada malaikat, malaikat mejawab itu adalah gambaran dunia..Hmmm...jika pada zaman Rasululullah SAW dunia umpama si tue yang sudah bongkok..apalagi  pada zaman sekarang ni...Dunia semakin dimamah usia..

Adakah kite masih punye kesempatan untuk menggapai cita-cita dan harapan kita 10 atau 20 tahun akan datang??atau 5 tahun akan datang..Adakah masih punye kesempatan untuk kita bertaubat atas segala dosa yang dilakukan..Apakah 24 jam itu kita gunakan ke arah kebaikan?Atau sebaliknya...Kadang-kadang 24 jam yang kita ada digunakan untuk mengambil tahu hal orang lain berbanding hal diri sendiri..Banyak sangatkah masa yang kita ada??
Aku teringat pada kisah si tukang kapak..dimana ceriat bermula apabila seorang hartawan telah meninggal dunia...ahli keluarga si hartawan ini bersedih di atas kematian hartwan tersebut dan tidak sanggup untuk meninggalkan jenazah hartawan itu seorang diri di dalam kubur..lalu mereka membuat pengumuman dimana sekiranya ada di antara masyarakat negeri itu yang boleh menemani si hartawan tersebut selama 40 hari dan 40 malam..maka orang tersebut akan dihadiahakn harta yang melimpah ruah.. Berita tersebut sampai ke telingan Si Tukang Kapak..Dengan dorongan si isteri dan tertarik dengan hadiah yang akan diberikan sekiranya die berjaya, maka die pon sanggup menerima tawaran ahli keluarga hartawan terseut..

Masuk hari ke 39, disangka si tukang kapak berjaya menemani si mati, namun tiba-tiba si tukang kapak berlari keluar daripada kubur tersebut. Diringkaskan cerita....apabila ditanya..rupa-rupanya selama 39 hari si tukang kapak menemani jenazah, malaikat Mungkar dan Nakir hanya menyoal tentang diri dan pekerjaan nya..Bukan jenazah si mati..dengan Hanya sebilah kapak si tukang kapak dipersoalakan selama 39 hari..Inikan pula sekiranya  mempunyai harta kekayaan yang melimpah ruah...Wallahualam..
Oleh itu, masa yang diperuntukkan untuk bekerja, maka laksanakan la kerja..Gaji yang diperolehi sebulan adalah gaji bagi setiap detik dan saat waktu bekerja..Kita tetap akan dipersoalkan jika mengabaikan walau satu saat...

So untuk kesempatan yang masih ada..aku ingin memohon maaf di atas semua salah dan silap..Gunakan masa, kesihatan, harta, rezeki dan kesempatan ini ke arah jalan yang diredhai NYA..Amin..

Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna..Agar dapat ku lalui dengan sempurna..InsyaAllah...

Friday, July 2, 2010

.::MELAYU & ISLAM::.

Assalamualaikum
Salam 1 Malaysia
02nd July 2010

Yeah..Melayu mudah lupa..Janji Melayu..
Orang Melayu banyak terlibat dengan gejala sosial...
Orang Melayu paling ramai terlibat dengan penagihan dadah..
Sume ciri-ciri negatif yang dilabelkan untuk orang Melayu..
Kesian orang Melayu kan?
Huh..

Aku bersyukur dilahirkan sebagai Melayu Bumiputera dan beragama Islam..
AKu bersykur Mak ayah..atuk nenek..moyang aku adalah orang Melayu..
Dan aku cukup berbanggga dengan itu..

Aku teringat kawan aku mase form 2 dulu cakap..
"Ala cekgu..sebab Malaysia majoriti orang Melayu..
Sebab tu percentage Melayu ramai..
Cube pegi Negara yang didominasi oleh Kaum China dan India..
Sudah pasti percentage kaum dorang yang menguasai.."
Ade botul gak cakap die tu ...
Aku tertarik satu artikel dalam ruangan KUNTA KINTE  original..
Yang bertajuk Peniaga Melayu Perlu Pengeras..

"Siapakah yang berniaga di rantau ini kalau bukan Melayu NUsantara?Lama sebelum penjajah Barat muncul di dunia Melayu, orang Melayu sudah bernioaga dengan orang Arab, China dan India..Malangnya kelicikan Inggeris membuat dakyah melalui penuliasan dan pengisahan , ramai orang Melayu percaya kepada mitos Melayu malas dan orang Melayu hanya pandai bertani dan makan gaji. Ini langsung tidak benar..Tapi kesan dakyah yang sangat dalam ini, sampai hari ini pon ada lagi orang Melayu yang curiga kepada bangsa sendiri.Tapi kalau diharapkan mereka berlawan berniaga dengan orang Cina tanpa bantuan..mungkin samapai bila pon peniaga Melayu akan jadi peniaga kelas 2 atau peniaga cukup-cukup makan sahaja..Malah dicatitkan dalakm laporan yang wanita Melayu memainkan peranan penting sebagai pedagang dan perantara dalam urusan perniagaan..Tapi apabial Inggeris mula bertapak di Tanah Melayu, peg tadbir dan penulisnya mula mencipta mitos 'The lazy Malays" sama ada naif atau berniat JAHAT!!"
(BH Jumaat 02 Julai 2010)

Orang Melayu berniaga kurang modal..Perniagaan orang Melayu berkembang pesat lpeas perang dunia ke-2..sebab masa pemerintahan Jepun orang Cina tiada tempat..
Tapi modal orang Melayu kurang..bile after merdeka orang CIna berniaga dengan modal yang besar..dats y dorang cepat bangkit,,dan perniagaan orang Melayu merosot sebab tak mampu bersaing..

Sebab tu la pentingnya Mara dan Tekun..Tengok je la..orang Cina..persatuan die cukup kuat..dan dorang akan membantu sesame dorang sebab bagi dorang yang paling penting bangsa dorang memonopoli ekonomi..Lagi satu perniagaan dorang mana ada halal haram...

Lagi satu bab perubatan islam..Aku ade tengok Rancangan Halal Bio..Rancangan ni cukup menarik bagi aku..Topik mase tu perubatan homeopati..Katenye ilmu perubatan di dunia ini adalah bermula daripada perubatan islam..Ibnu Sina..etc (lupa)..BUku-buku tokoh perubatan islam ini dicuri dan diterjemahkan kepada bahasa penjajah..dan tokoh-tokoh islam diganti dengan nama-nama dorang (yang sebetulnya hanyalah penciplak)..pastu..konon-kononya dorang yang ketemu kaedah-kaedah perubatan tertentu..Jahat kan..last skali kite diajar dan dididik dengan buku-buku teks hasil dakyah dorang tetapi hakikatnya ISlam yang punye...senang je kita terpengaruh dengan dakyah dorang..sungguh berkesan sekali kan kaedah dorang ?

Dan korang tengok filem Karate Kid tak..??ala yang Jaden Will Smith dan Jackie Chan sebagai pendokong utama (yang sebetulnya aku pk tajuk lagi tepat sebagai Kungfu Kid)-Tengok la dorang..sume nak guna pakai yang dorang walaupon tak kena..
huhuhu-
Dalam cite tu yang  Han (Jackie Chan) gune kaedah perubatan Tradisional Cina bile nak sembuhkan Dre Parker (Jaden) akibat dipukul tanpa belas kasihan oleh Cheng and the geng..And dalam perubatan islam ia adalah kaedah BERBEKAM...

So hopefully korang dapat tangkap apa yang aku cuba nak sampaikan..
Pikir-pikir kan la...

Thursday, July 1, 2010

BoLa..BoLa..BoLa BoLa....

Assalamualaikum
Salam 1 Malaysia

Yeah..musim world cup..
sana sini orang sebuk bercrite pasal bola..
Hmm tapi aku??opss..sori..
aku memang tak minat bola sepak ni..
so jangan tanya aku pemain-pemain bolasepak dunia..
or hal-hal yang berkaitan ngan Piala Dunia ni...
sebab aku memang tidak tahu...hihihi

So, related ngan bola gak..Pada 29 Jun bebaru ni..
Dorang ade anjurkan perlawanan futsal sesame staf..
urm staf pompuan?ade 2 grup je..
so sah-sah nye ade due nombor je la..hihihi

Ni first time aku main futsal..
Dan oleh hal yang demikian aku memang tidak tahu peraturan-peraturan permaianan..
even mase tu kalu tanye aku jumlah pemain pon aku tak tahu..
Tapi bile dah main tu..
memang seronok..
dan memang dapat release tension..
And of course grup aku menang..++ menang bergaye..hahaha..

Dan yang paling best..
dapat snap pictures gune DSLR...
Thanks Kavitha for her gadget..^_^
Makin terjatuh chenta rase..huhu...
(The best thing is applying the b0okeh technique)
ala gmbr yang background die tak clear tu..hihi.. :-)

Monday, June 28, 2010

.::MaKan dan MaKaNan::.

Assalamualaikum
Salam 1 Malaysia

Wekend lepas pegi KL..
G luch kat tempat makan kat bandar Tun Razak..Kat Jalan Jujur 3..
Food court yang depan DBKL tu..
Memule macam dah surrender..tapi die cam bersemangat je nak g sane..
Dengan kecekapan die memandu dan bantuan GPS..
Akhirnya sampai gak kitorang kat gerai tu..
Uih...aku ngat dah tukar..maklumla  last time g sane 2 tahun lepas..risau gak kedai tu dah tutup..
Tapi alhamdulillah..kedai tersebut masih lagi ade disitu..
So impian untuk lunch ikan bakar cecah air asam kat sane dapat dicapai..Alhamdulillah..
Best gile rase..Benak mula berfikir..kat mane la leh dapat tempat makan best cenggini kat Pagoh.huhuhu...
Then hati rase cam malas nak balik Pagoh..-_-..
Pastu g MPH alamanda..nak cari buku KISAH NABI_NABI by Ibnu Kathir..
Tapi tak jumpe..at last buku yang ynag dibeli..hihi
Pastu bile dah datang KL ari sabtu..
So mane leh lepas Pasar Malam Bangi..
So dah sah-sah 2 bungkus Char Kuew teow n Yong Tau Fu..
Plan nak g makan eskrem kat Ice Room NIlai..tapi perut teramatla full..
So terpakse la cancel walaupon ati dipalut keralatan...hihihi

Ahad (27 Jun 2010)
Cooking NAsi Goreng udang FOR BRUNCH(bREAkfaST + LUnCH)...
so sedapppp..kihkihkih..puji masakan sendiri..
Pastu pegi Ayer Itam..
Cari paper bag untuk kawin awang nanti..
Pentipu..
Sevey barang sendiri ke awang punye??
huhuuhu..
(Tapi lebih kepada sevey barang sendiri kot):-)
Maklumla kakak yang baik..KONON...
(Alamak puji diri sendiri lagi)..:-)

Pastu g makan kat Tasik Y..
Makan mee goreng basah ngan nasi goreng ayam..
Plus rojak petis..(bukan betis ek)..hihi
Wullaweh..sangat banyak..
Dan sangat sedap...
Hajat ati nak g makan drian..
Tapi perut memasing dah full..
So pospon esok..
So esok MONDAY and DURIAN...
^_^

Sunday, June 20, 2010

Kepak..kepak..kepak..kepom..kepom..kepom..

Assalamualaikum
20 Jun 2010

Kepak..kepom..kepak..kepak..kepom..kepom..kepak..kepom..kepom kepak...:->
Almaklumla..cuti skolah..banyak sungguh jemputan kawin..Stok hadiah lak dah nak habis..kene tambahkan lagi ni..huhuhu...Hadiah untuk kawin adik aku pon tak beli gak lagi..urm...bagi ape tah...

So..untuk entry kali ni aku nak amek kesempatan untuk wish Selamat pengantin baru kepada newly wed Riduan dan Yusniza..semoga berkekalan dan berbahagia hingga akhir hayat..amin..Riduan ni actually kawan mase zaman study dulu..satu course..kat UKM..then sekarang satu tempat keje lak..nyway, tahniah again buat Mr Riduan and his beloved wife Mrs Yusniza..:-)

Anggun dan cantik berbusana biru...:->

Hadirin dan hadirat..hihihi..

Amek berkat..ek!!..hihi

Saturday, June 19, 2010

.::KisAh GoL & GiNcU::.

Assalamualaikum
19 Jun 2o10

Cepat je mase kan?cepat sangat..rase baru je masuk 01 Jun ari tu..skrg dah nak habis bulan jun dah..
So ari ni adalah hari sabtu..dats why aku leh update blog banyak-banyak..sebab wekend..dan aku pon tak kemane-mane..dan ni la keje aku waktu-waktu peang cenggini di hujung minggu jika tidak kemane-mane..

Ok...berbalik kepada topik??Gol dan gincu..every Sabtu 11.30 till 12.30..8TV..best cite ni..Aku rase tengok 88 kali pon, aku tetap suke jalan cite die..Maybe bagi penggemar crite melayu cam aku ni..aku anggap cite tu best..tapi kalau korang yang sukakan cite-cite mat salleh..cite-cite aksi..mungkin korang tak anggap cite ni best..tapi aku ape peduli!! aku menulis dari sudut pandangan aku..
Persahabatan dorang cukup kuat...dan dorang cukup menjaga hati memasing..bila ada diantara mereka down..dorang akan berkerjasama untuk cheering up mood kwn die yang sedang down tu...terharu je nengok..pastu dorang walaupon ade pakwe tapi kekawan tetap tak dilupakan..

Teringat kekawan masa zaman study dulu-dulu..sentiasa bersama-susah dan senang..Hmmm..really miss all of you guys..most...huhu


Friday, June 18, 2010

.::kiSaH uLaT goNgGok::.

Assalamualaikum..
Again UpdAte..

Kisah bermula pada suatu pagi Jumaat yang indah..Seekor anak kepada ulat gonggok melintas diantara kami rakan-rakan gosip pagi..hihihi...Kak Anis kate..ulat gonggok takleh langkah,..nanti die masuk dalam pusat..Pn Mas lak cakap..ulat gonggok takleh langkah..nanti tak dapat naik kete api...sungguh..ni first time aku dengar dua-dua kepercayaan tu..hihihi..Tu kisah dan kepercayaan orang-orang tua zaman kecik-kecik dulu-dulu...urm..kalau ikut logik akal..takde kaitan ulat gonggok dengan pusat..dan ulat gonggok dengan kete api kan?urm..teringat zaman aku kecik-kecik dulu..mak cakap jangan duduk atas batal..nanti naik bisul..jangan nyanyi dalam bilik air...nanti kawin ngan orang tua..jangan langkah duit..nanti tak dapat rezeki..dan dulu...kite cukup takut nak buat bende yang orang tue kate jangan takut implikasi yang dorang cakap tu kene pade kite...NoNsEnSe...

Tapi bile dah meningkat remaja ni..aku mule terpk..sebenarnya tak salah pon duduk atas bantal..tak salah pon nyanyi dalam bilik air..dan setahu aku takde lak dalam Quran dan hadis yang menyatakan ketakbolehan perkara-perkara tersebut...

Namun..pemikiran orang-orang tua ni cukup seni..cukup halus...dorang cakap jangan duduk atas bantal..ye la..bantalkan tempat meletak kepala..so kalau kite letak punggung atas bantal..pastu letak kepala plak..jadinya kedudukan kepala sama taraf dengan punggung..lagi elakkan nyanyi dalam bilik air supaya tidak lagho dan menyebabkan mandi lame-lame seterusnya menggalakkan bil air meningkat..dan takleh langkah duit..sebab tanak bagi sepah-sepahkan duit atau barang-barang lain...
Dan pendapat aku ..takleh langkah ulat gonggok adalah untuk menghormati makhluk Allah yang lain selain manusia....

Berfikir sejenak..
pantang larang orang-orang dulu nampak simple kan..tampak remeh dipandang mata dan temeh untuk di dengar dan diambil peduli..tapi apa yang dorang cube untuk sampaikan tu sangat halus..lebih kepada sikap, perbuatan dan adab yang makin pudar dalam diri remaja zaman sekarang.

YaNg ReMeh tIdAk beRmAkNa TaK peNtiNg...

.::PeRfeCtlY iMpErfEcT::.

Thanks a lot kekawan dan sahabat-sahabat yang suke go thru blog ni..dan kepade sesape yang ade rase menyampah dengan godekan aku ni. Atau memainkan all those contents..so i beg you guys..please, please and please skip it..

Suka aku ingatkan bahawa ini hanyalah coretan dan intipati yang biase-biase yang dicoret oleh seorang gadis yang biase-biase aje...so takde ape yang spesel..Aku bukanlah seorang sasterawan untuk menukilkan ayat-ayat yang penuh puitis..aku juga bukan seorang cerdik pandai untuk memberi idea-idea dan pandangan yang cukup bernas..Aku hanyalah aku..seorang insan dan hambaNYA yang penuh dengan ketaksempurnaan..

Semua godekan ini adalah hanya coretan melalui pandangan peribadi, bacaan dan perkongsian pendapat dari seorang GaDiS bergelar aKu..

SiZaWa

.::YaNg tEriNdAh::.

Assalamualaikum
Update again and again..

So, untuk kawan-kawan yang suke go thru this territory, aku dah tukar lagu background...kalu dulu lagu TENTANG KITA...sekarang ni lagu dari cite AdamAyA plak..Best bangat seh..Nyway..thanks to Buntai playlist for this song..and thanks to Izza too for introducing this blog to me..hihihihi...

Semenjak kau hadir dalam hidupku
Tiada lagi keresahan
Kau mengetuk pintu hatiku
Tanpa sedar hingga ku izinkan

Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah

Maaf jika ku tidak sempurna
Tika bahagia mula menjelma
Bila keyakinan datang merasa
Kasih disalut dengan kejujuran

Mencintai dirimu
Merindui dirimu
Memiliki dirimu
Hingga akhir hayat bersama kamu

Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah

Kau yang bernama cinta
Hingga aku rasa indah




Also Dedicated this song especially to him..

.::bEnGaNg beNgOnG and BaNgAng::.

Asslamualaikum
16 Jun 2010

Aku sungguh bengan kepada seorang yang bengong dengan attitude die yang bangang!!!..Sungguh tidak sopan kan?
Oohh..sungguh..sungguh aku tak tipu...

Sungguh..sungguh agak kurang ajar juga tajuk entry kali ni kan?memang..memang aku akan berkurang ajar kepada sesape yang kurang ajarnya kat aku..sungguh..i received a lots of prank calls dalam dua hari ni..memule dari number 03-20359390,03-20359310,03-20359510..call banyak kali..bile aku angkat die senyap pastu letak..then no private..WITHHELD...pon same...pastu no 0309. (Dulu mase kekawan yang duk oversea called, no 0309 ni biase..tapi sekarang sume kekawan dah ade kat Malaysia...so??)..Same jugak...kalu dah cal tu, bile orang angkat cakap je le..ni senyap..pastu letak pastu call lagi..bengong punye orang..kesopanan dan kesusilaan die letak kat mane tah..

Start dari petang semalam..sampai ke sekarang ni...aku rase dah dekat nak seratus kali dah die call...selang seli antara 3 numbers tu...urm..serabut bangat seh...tengah-tengah malam..pagi-pagi...setiap jam...bile aku return cal, network always busy.. Then aku cal celcom, mintak die block dat related numbers..ooh..rupenye baru aku tahu seh..celcom takde service yang buleh kite block number orang lain...ooh...lemahnye sistem pada zaman yang serba serbi canggih manggih ni.,huhu..begitu rupenye..*sIgH*..

Nak divert call pon tak boleh..sebab takut ade incoming cal yang penting...sangat serabut..lani..bile number tu appeared on my phone..juz cancel je la...gangguan betul!!!..hUh!!!

Monday, June 14, 2010

.::DuRiaN oOh dUriAn::.

Assalamualaikum
14 Jun 2010

Eh kome..derian dah berbunge... lalalalalala (sebenarnye aku lupe lagu Mr Os ni..hihihi)

Sekarang Muar dah nak masuk musim durian balik..tapi aku rase cam skrg musim durian pon dah tak menentu..huhu..rase bulan due ari tu dah musim durian..tapi kejap je..sebab aku ingat lagi mase tu, kitorang nak g makan durian tapi jadual pack sangat..dengan kursus..ingat after kursus kat Cherating bebaru ni nak g makan durian..tapi balik Pagoh musim time tu dah takde..frust je rase..

Tapi time ni,durian bermusim lagi..Alhamdulillah..lepas gian makan durian..best giler..dengan durian tu yang sememangnye best..beli empat biji for 4kg and makan hanya berdue..dan yang bestnye Uncle Cine tu cakap..makan 2 orang je tapi banyak woo...manyak sedap....hahaha..ye la..dah 'hantu' durian..best lak tu..dengan isinya yang kuning dan sedikit pejal yakni takdela lembik sangat..denngan isi nye yang tebal..dan rase yang sangat fresh...sangat-sangat sedap..(mase tengah berblog ni pon, terbayang-bayang lagi isi durian tu.)huhuhu...hmmm cepatle balik..buleh g makan durian lagi..hihih..

Layanan uncle tu kat kitorang pon best..maybe ni salah satu tarikan kitorang decide untuk beli kat kedai ni walopon niat asal nak g kat kedai depan lagi...hmmm...memula die suh kite rase dulu..katenye rase tak salah..tak beli takpe..then memang rase die best..pastu kitorang decide untuk makan kat kedai tu...so die siap kopekkan dan bagi kat kitorang..pastu siap sediakan air masak lagi..dan buah pisang...Alhamdulillah...

Hmmm cepatle balik..buleh kite g makan durian lagi..hihih..

Sunday, June 13, 2010

.::kendUri keNdArA::.

Assalamualaikum
13 Jun 2010

Actually aku baru je balik dari kenduri kakak kepadsa student aku kat Kg Muhibah Batu Pahat..Alhamdulilillah...meraikan betul famili die pada kitorang..bile mention kitorang ni guru kepda dorang..Tapi aku tengok famili die ni memang menghormati dan menghargai tetamu..hasilnya..student aku tu..memang penuh adab n sopan..cukup hormat kat kitorang sebagai guru nya...urm..Semoga mereka sekeluarga lebih dimurahkan rezeki dan hidup lebih diberkatiNYA amin..

Semalam pon ade kenduri kat Tjg Kling Melaka..Alhamdulillah Maziah dah slamat menjadi isteri orang..rupe-rupenye, husband die tu pon bekas student UKM gak..junior aku..patut macam penah nampak..papepon..Tahniah dan Selamat Pengantin Baru buat Maziah dan Suami serta akak Syafiq dan Suami..Tak lupa buat kawan aku Riduan Ismai serta isteri..Yusniza...Selamat Pengantin Baru..dan semoga berkekalan dan berbahagia ke akhir hayat..Amin...

Orang cakap kenduri ni letih..tapi bagi aku kendara tu yang paling letih..kendara tu yang kene ngemas-ngemas dan setelkan periuk belanga after majlis...kalu gune khidmat catering..maybe kureng la sket kendara nye tu kot..tapi kalu mcam kat kampung aku,,..sah-sahnye masak sendiri..gotong royong dengan penduduk kampung..hmmm..
Tapi papepun..yang penting..Majlis yang dilaksanakan berjalan lancar....Amin...

Thursday, June 10, 2010

.::SepuLuh bUdaK iTaM::.

 Lagu sepuluh budak hitam..uih..terkenang zaman kanak-kanak dulu..lagu ni cukup glamer mase zaman skolah rendah..so..jom kite nyanyi sesame bagi mengembalikan nostalgia zaman kekanak..hihi.....

Sepuluh budak hitam
Main tepi jalan
Satu kenalah langgar
Budak hitam tinggal sembilan

Sembilan budak hitam
Main di atas papan
Satu sudahlah jatuh
Budak hitam tinggal lapan

Lapan budak hitam makan sangat gelojoh
Satu senak perutnya kini tinggal tujuh
Tujuh budak main pula tanam-tanam
Satu sudah lemas tinggallah enam hey...

Enam budak hitam
Makan buah kurma
Satu tertelan biji
Budak hitam tinggallah lima

Lima budak hitam
Main lompat-lompat
Satu patah kakinya
Budak hitam tinggallah empat

Empat budak hitam
Main biji saga
Satu termasuk di hidungnya
Budak hitam tinggallah tiga

Tiga budak hitam
Usik orang tua
Satu kena belangkung
Budak hitam tinggallah dua

Dua budak hitam main pula lempar batu
Satu jenduh kepalanya kini tinggal satu
Satu budak hitam sangat pula susah hati
Dia tak mahu makan lalu mati hey...
Hey budak hitam... budak hitam... budak hitam
 
Have fun ya!!

.::iKaN oOoH iKaN::.

Ikan ooh ikan..
Kesian kat ko ek ikan..
Duk sesorang takde teman..
Dulu En Nas dah bagi ko teman..
Bukan sekor, due pon bukan..
Tapi tige ekor buat teman..
Tapi ko makan jadikan makanan..
Maklumla ko perasan..
Ko lagi power dari diorang..
Skrang padan muka ko duk sensorang..
Tapi tu la..
Betul kate awang..
Persaingan untuk terus hidup..
Sape yang kuat..
Sape yang ade kuasa..\
Diala yang menang..
Tu la reliti kehiduapan hari ini...
(alamak dah lari dari topik ikan..huhuhu)
Tu la..nampak gayenye..
kene beli akuarium besar..
Tambah lagi teman-teman si hitam tu..
Bebaru ni kesian die..
Makanan dah habis..aku lupe nak belikan..
nak samapai pat lime ahri gak le..
Pastu one day aku tengok sihitam tu cam kelaparan..
ye la..logik le..kalu aku tak makan pat hari camane tah..
Then aku amek kunci kete..terus kluo g cari makanan ikan..
urm..berdose lak rase menyeksa binatang..huhuhu
Maafkan aku duhai ikan..,.
Dan tadi bari tukar air..
Harap-harapo die hepi dengan dunianya yang kecik tu..
Maafkan kanda duhai dinda cik hitam..huhuhu

 
















LinkWithin

Related Posts with Thumbnails