Wednesday, November 19, 2014

.::Puding Roti Citrawarna::.

Alhamdulillah.
Siap jugak puding roti.
Blender rosak.
Terpaksa guna mixer.
Jadi roti tidak berapa hancur.

Resepi ini saya dapat dari group Resepi Ringkas.
Tapi saya alter sedikit.

Cara saya;

Bahan-bahan
1. 20gm agar² bertali masak bersama 900ml air n letak daun pandan.
2. *600ml susu segar/susu cair/ bancuhan susu tepung.
3. *Secawan susu pekat- saya kurangkan sebab kami tidak suka manis-
4. *Sebiji telur ayam.
5. *Esen Vanilla satu penutup botol.
6. *Roti slices 8 keping.

Bahan² bertanda (* ) di blend kan.

Bahan (1) dah mendidih.. Masukkan bahan² yang telah diblend kan tadi.
Bila dah masak..
Bahagi² kan kepada warna-warna yang anda suka.
Masukkan dalam bekas.
Sejukkan sedikit..
Dan kemudian sejukkan dalam peti ais.
Siap dan sedia dihidang :-)

Buat bekal sekolah Muhammad Iman Nadhif pagi ini..
Alhamdulillah..

Saturday, November 8, 2014

.::KAMI & KAMU ::.

Bosan.
Sikap mereka.
Perangai mereka.
Aku bosan.
Sungguh bosan.

Over protected?
Bukan..
Kami bukan itu.
Kami cuma mahu.
Kamu hormati hak kami.
Kamu hormati usaha kami.

Kerajaan kami.
Jabatan kami..
Biar kami saja yang mentadbir.
Jangan mengajar kami.
Bagaimana untuk mentadbir.
Kerajaan kami. Jabatan kami.

Okay!
Faham!

Friday, November 7, 2014

.::KELIRU::.


Aku.

Hari ini.
Ikut kata hati.
Mohon petunjuk Ilahi.
Aku fikir.
Ya. Banyak perkara yang aku fikir.
Perlu kan tindakan saja lagi.
Tapi pilihan ada dua.
Mahu pilih mana satu?
Allahurobbi.
Kawan kata.
Lakukan isthikharoh.
Aku sudah buat.
Tapi mungkin tidak sesungguh hati.
Ya Allah.
Aku sangat perlukan petunjukMU.
Permudahkanlah urusan hambaMU ini.
Ya Allah.
Ameen.

-----------------------------------------------------------------------------------------
Mode:
*Keliru mahu pilih course apa.
TVET atau MANUFACTURING ENGINEERING.



*Gambar Ihsan Encek GOOGLE

Thursday, November 6, 2014

.::Resepi Pulut Kuning Rendang Ayam::.

Assalamualaikum.
Salam Jumaat..

Resepi Pulut Kuning
----------------------------------
A. Bahan²

1. Beras Pulut  ikut kuantiti yang korang nak.
2. Air untuk rendam.
3. Serbuk kunyit kalau nak fresh lagi tumbuk kunyit hidup.
4. 1 keping asam keping. Kalau pulut banyak letak lah banyak.

5. Santan dan masukkan sedikit garam.

Kaedah.
1. Basuh pulut bersih².
2. Rendam pulut dengan serbuk kunyit dan asam keping.
- Kata emak fungsi asam keping untuk kunyit melekat pada pulut-
*Rendam semalaman-Malam rendam.. Pagi esok kukus.
Toskan air. Buang asam keping.

Kemudian..
1. Kukus pulut yang telah direndam dan ditoskan.
2. Bila nampak asap dah keluar dari tudung periuk. Angkat dan masukkan kedalam bekas lain..
3. Gaulkan dengan santan.
4. Kemudian kukus lagi sekali.
5. Masak dan hidangkan :-)

Rendang Ayam
--------------------------
Bahan²
1. Ayam seekor.
2. 10 biji Bawang merah
3. Bawang putih.
4. Halia dan lengkuas serta kunyit.
5. 2 sudu besar Cili kisar.
6. 3 sudu besar kerisek.
7. Santan sebiji kelapa.
8. Air asam jawa.
9. Daun kunyit potong halus².
10. Garam dan gula secukup rasa.

Cara²
---------
1. Kisar 10 biji bawang merah + 5 ulas bawang putih + sedikit halia+ sedikit lengkuas + 2 batang serai + seinci kunyit hidup.

2. Masukkan sedikit minyak dalam kuali.
3. Tumis bahan² kisar tadi. Masukkan cili kisar.
4. Bila dah naik bau masukkan ayam.
5. Masukkan santan.
6. Masukkan kerisik dan air asam jawa.
7. Masukkan hirisan daun kunyit.
8. Perasakan dengan garam dan gula.
9. Masak sehingga hampir kering. Kalau suka banyak kuah..jangan sampai kering sangat.
10. Sedia untuk dihidang.

Cuba lah. :-)

Wednesday, October 22, 2014

.::Buttermilk::.

Assalamualaikum.

Malam.
Sepi.
Bungkam.

Ini bukan cerita pasal sepi.
Ini bukan cerita pasal bungkam.
Ini cerita BUTTERMILK.
Pada malam ini.
Malam yang saya ingin buat Roti Sarang Lebah.
Dan baru tersedar plain yogurt tiada.
Kalut.
Tenang.
Googling.

Esok mahu balik Terengganu.
Anak sedara request bawak balik Roti Sarang Lebah.
Tap kesilapannya terlupa untuk mahu beli YOGURT.
Astaghfirullahalazim.

Rupanya Allah mahu saya tahu.
Bahawa saya boleh gantikan yogurt dengan buttermilk.
Dan cara mahu buat buttermilk sangat mudah.
Asal ada barang ja.
Terima kasih kak Azlita (blog masam manis).
Sebab bagi saya ilmu.
Alhamdulillah.
Kan Allah dah kata.
Disebalik kesulitan..
Pasti ada kemudahan.
Kan!

Resepi BUTTERMILK
-----------------------------------
1 Cawan susu - saya guna susu segar-.
1sudu besar cuka makan.

Kaedah
-------------
Campuradukkan.
Biarkan selama 10-15 minutes.

Hasilnya.
Berketul dan likat macam yogurt.

Cubalah!

Wednesday, October 15, 2014

.::SENTIMEN::.

Sentimen.

Lebih kepada mind set.
Lebih kepada anggapan.
Lebih kepada prasangka.
Sebab nila setitik..jika susu tu kamu tidak kacau tidak akan rosak kan!

Sentimen.
Aku cukup benci benar.
Bila orang kata.
Janji melayu.
Konon bila janji tidak ditepati.
Bila waktu tidak dipatuhi.
Negatif sangat!

Aku cukup benci benar.
Bila orang kata.
Pekerja kerajaan duduk rilek.
Makan gaji buta.
Banyak melahu dari buat kerja.
Sungguh!
Aku cukup benci benar!

Jangan sebab segelintir.
Semua sekali dicop sama.

Ya!
Aku kerja kerajaan.
Dan aku pernah kerja swasta.
Adik beradik sahabat handai aku kerja kerajaan.
Mungkin kamu tidak tahu yang ramai antara kami membawa kerja opis balik ke rumah.
Mengadap kerja opis sampai tiga empat pagi.
Menanda kertas menyiapkan bahan pembelajaran untuk esok pagi.

Mungkin kamu tidak tahu.
Yang ramai antara kami.
Masih mengadap laptop dan pc.
Sampai dinihari.
Buat kerja untuk dihantar esok pagi.

Mungkin kamu juga tidak tahu.
Yang ada antara kami langsung tidak rehat waktu tengahari.
Untuk melayan orang awam mintak konsultasi.
Kadang-kadang pukul 5 pon masih di opis lagi.
Ya!
Mungkin kamu tidak tahu itu.

Kerajaan ka.. Swasta ka sama saja.
Banyak ja pekerja swasta yang peel macam korang cop perkerja kerajaan yang negatif tu.

Back to basic.
Duit gaji yang dapat hasil daripada amanah yang dipertanggungjawabkan.
Tidak kiralah duit gaji kerja kerajaan ka swasta ka.

Jika kamu mahu rezeki berkat.
Kamu buat kerja dengan amanah.
Tidak kira lah kamu kerja kerajaan ka swasta ka.

Jika kamu kerja kerajaan.
Sila buktikan pandangan negatif dorang SALAH.

Jika kamu pekerja swasta.
Bekerjalah elok-elok.

Tujuan hanya satu.
Untuk mencapai redha ILAHI.

Setiap yang dipertanggungjawabkan.
Akan disoal di 'sana' nanti.

SENTAP!
AKU!

Sunday, October 12, 2014

.::PAPLOVA AL PAGOHI::.

PAPLOVA AL PAGOHI
------------------------------------
Nama paplova ni macam masculine sikit kan?
Kenapa Al Pagohi?
Sebab paplova saya ini dibuat di Pagoh.
So..paplova ini saya buat.
Jadi suka ati saya lah kan nak letak nama apa..
** cett..kerek gila...hihi**

Ok..senang gila hendak buat paplova ni.

Resepi asal : Blog Cik Epal. Terima kasih Cik Epal:-)

Bahan-bahan.
-----------------------
1. 4 biji putih telur. Hanya putih telur. Jangan masuk walau sedikit pun kuning telur.
2. 1 sudu besar tepung jagung.
3. 1 sudu teh cuka makan.
4. 1 sudu teh esen vanilla.
5. Setengah cawan gula pasir.

*ok..yang paling penting mesti ada stand mixer. Sebab saya ini pemalas. Huhu..

Kaedah
--------------
1. Stand mixer n pengisar pastikan kering.
Pukul putih telur sehingga kembang semangkuk.
Masukkan gula sedikit demi sedikit lama lama jadi bukit.
Masukkan tepung jagung(guna penapis tea).
Masukkan cuka makan.
Masukkan esen vanilla.
*Tetap putar sehingga soft peak/meringue.
** soft peak=bila korang terbalikkan mangkuk.. Bahan-bahan tersebut tidak jatuh.

2. Panaskan oven suhu 150°C selama 10-15 minutes.
Masukkan dalam bekas aluminium (macam yang 2nd time saya buat / buat bulatan dan letak kat bulatan ( macam yang 1st time saya buat).
Bakar pada suhu 150°C selama 1 jam.
(Depends pada oven korang).
Sejukkan dalam oven dengan renggangkan sikit pintu oven.

Cream.
--------------
Penyediaan cream bila agak-agak paplova yang dibakar tu dah nak masak.
1 cawan whipping cream.
Putar hingga soft peak dan stop
Jangan terlalu lama.
Nanti cream akan terasing antara air dan cream.

Buah-Buahan
----------------------
Lagi sedap buah-buahan masam.
Untuk adunan rasa manis paplova.
Saya guna kiwi, anggur dan sunqist.
Potong kecil-kecil.

Okay.
Bila base paplova sudah disejukkan.
Sapu cream di bahagian atas base tersebut.
Letak hirisan buah-buahan.
Then simpan dalam fridge kejap.

Sejuk..manis..masam..
Padanan yang sangat menawan.

Cubalah! :-)

Saturday, September 27, 2014

.::AKu & kAmU::.

Aku.
Kamu.
Mungkin.
Jika kamu di tempat aku.
Aku mengharapkan kamu akan bertindak dan berbuat lagi baik dari aku.

Ya.
Aku mendoakan untuk kamu.
Mungkin kamu boleh memuaskan hati semua orang.
Bukan macam aku.

Puas hati?

Ya.
Aku puas hati dengan cara aku.
Kamu tidak puas hati dengan cara aku.
Sebab kamu bukan di tempat aku.

Kamu fikir.
Bila kamu ditempat aku.
Semua orang akan puas hati dengan kamu?

Okay.
Aku buat kerja aku.
Kamu buat kerja kamu.

Habis.
Titik.

* Mood : Kerja di hari SaBtU.
Picture: Ihsan Encek Google.

Monday, September 22, 2014

.::Hari Biru::.

Selasa; 23 September 2014.

Haru biru..
Kelam kelibut..
Menuntut jam yang berbaki.
Sisa saat dikutip..

Hari seolah tidak cukup kaki mengejar.
Waktu berputar begitu cepat.
Tangkas dan pantas untuk dipeluk erat.

Waktu.
Mustahil kamu menunggu aku.
Waktu.
Hilang tanpa datang lagi.


Mood:
Kelam kabut sign portfolio students semester akhir :-(

Tuesday, April 1, 2014

Tips:Ho Chi Minh Part 2

Assalamualaikum..

Hari ke 2..
Breakfast suami belikan 2 bungkus nasi lemak biasa (kalau dekat Malaysia harga dalam RM1.50) di gerai Hjh Basiroh yang kosnya bernilai hampir RM12.
.Redha saja lah..huhu..











Selesai breakfast dan mandikan Iman..
Kami mulakan acara dengan menuju ke Benth Thanh Market..
 Serius macam pasar basah pagi di Malaysia..cuma tukar saja barangan basah kepada kain kain, pakaian, kasut sandal dan barang cenderahati..
Meriah!

Dekat sini tidak boleh tawar then blah tanpa beli..
Sebab nanti anda akan dimaki hamun atau ditunjukkan muka yang bengang oleh peniaga tersebut..
Dan jika tidak mahu beli anda juga jangan menunjukkan minat kerana nanti anda kena dipaksa beli..
Jika mahu beli blouse..hati-hati..sebab saya kena. Mahu beli 1 tapi dimasukkan 2 blouse dan dicaj 2 blouse padahal mahu beli 1 saja..Aish..bengang sungguh!!...Tolak dan dimarah..huhu...
Bagi anda yang lelaki muslim pastikan anda jalan di Benth Tanh ini dengan berpeluk tubuh (jika tidak membawa barang atau mendukung anak) kerana peniaga-peniaga perempuan di pasar ini dengan selambanya akan menarik tangan anda untuk paksaan membeli barangan mereka..(kecuali jika anda suka tangan anda ditarik mereka)..

Harga dalam pasar ini bagi aku kebanyakan agak mahal dan tidak boleh tawar menawar sangat.. Untuk suami beli kain kemeja dan kain untuk slack dengan siap upah jahit dalam RM120.. (Kualiti jahitan akan di update dlm part #3 sebab esok baru dorang akan hantar)..
 Iman Nadhif suga mula meragam.. Penat agaknya..So kami balik dulu hantar barang.. Tidokan si kecil itu dulu dan rehat-rehat sebentar untuk ke Dan Sinh Market -barangan askar.

Dan Sinh Market sesuai bagi mereka yang sukakan barangan askar pelbagai negara. Bertolak dari Hotel dengan menaiki Vinasun taxi dengan nilai 24 900 VND.. Balik suami ajak berjalan kaki.. Serius! bagi aku agak bahaya untuk pejalan kaki macam aku yang sangat takut untuk melintas jalan besar..

Tapi sangat seronok sebab boleh sight seeing sekali.. Makan tengahari kami adalah direstoran penang yang dimiliki oleh seorang Dato yang kalau saya tidak silap berasal dari Pulau Pinang.. Harga makan tersangat lah mahal.. Nasi goreng berharga lebih kurang RM20.. Huhu..
Jadi untuk save budget sila lah bawa bekal megi dan roti banyak!;-)

Untuk membeli belah.. kami suka kedai-kedai di sekitar hotel ini.. Boleh bargain..dan banyak pilihan..

Jika ingin bershoping di pasar malam(yang ada setiap malam). Sila survey dulu before decide untuk beli.. Sebab baju tshirt biase dkt tepi tepi hotel ni hanya RM7 dan di pasar malam RM20..  Huhu..

Jadi standby duit siap siap..Bila nak guna tarik je duit..Jangan tayangkan purse / wallet kalian kpd mereka.. Bahaya!
 Siapa penggemar shawl macam saya.. boleh ke gerai hanya bersebelahan dengan Tanh Thu hotel(sebelah kanan).. harga tersangatlah murah.. kurang 3 kali ganda dari yang beli di Malaysia.. huhu

Ok..esok sambung lagi.. Part#3..










































Monday, March 31, 2014

Tips : Ho Chi Minh Part 1

Day 1

Kami pergi hanya bertiga-saya, suami dan si kecil Iman Nadhif..

Flight pukul 2.55pm..
Bergerak dari Pagoh around 11am..
Pukul 1.00pm sampai airport..
Masa nak self check in..
Saya punya tidak dapat nak check in..
Cuak!
Blacklisted PTPTN ke?
Sebab rasa balance PTPTN ada dalam RM3K je lagi..
And tetap bayar walaupun tidak istiqomah..
Serius cuak! Sebab lupa AIRASIA mana ada authority untuk sekat..
Yang ada authority IMIGRESEN..
Peraturan baru ke??
Huhu

Then tanya hubby..
Kalau  tidak lepas sebab blacklisted macam mana?
Then hubby senyum dan jawab..
Kita balik je lah..
Katanya takkan abang nak g sorang..huhu
Ammakkkk....!!
Cuti dah apply 3 harii..
Maluuuu..
*Kalau blacklisted kan dapat surat.. Saya mana dapat surat? Tah tah surat sampai kat kampung kott..
Aih..cuak gile..huhu

At last masa pergi dekat airasia service counter..
Baru tahu sebab tidak boleh self check in..
Sebab bawak baby under my name..
Rasanya masa pergi Bandung Sept 2013 ari tu boleh je...

Fuhhh...legaaa bila dapat check in..
Alhamdulillah...

Flight bertolak around 3.30pm..
Dalam 5.10 sampai Airport..
Husband terjumpa kawannya masa belajar di ILP IPOH dulu..Gee..sekeluarga(10 orang) yang juga kesana..
Yeay! Ada geng;-)
Mereka menginap di An Tam hotel dan rasa saya bila tengok alamat macam dekat saja dengan hotel kami..
(Saigon air-1 van untuk 10 orang adalah 25usd)..

1st thing to do..
Beli simcard vietnam..
*untuk call buang no 84 didepan dan gantikan dengan no 0.

2nd cari teksi ke hotel..
Call Kak Faezah yang banyal bagi tips bila di HCM ni..
Katanya naik SAIGON AIR..VINASUN or MAILINH saja..
Jangan naik teksi lain..
Sebab takut kena semelih!
Thanks kak for your tips..

Saigon Air taxi..(Saigon air /SASCO)..
Keluar je dari pintu cermin lepas check immigresen tu..
Then turn left..
Atas kaunter tu tulis SASCO..
Dari airport ke TANH THU HOTEL-8km (yang also recommended by Kak Faezah aka Kak Pae).. dalam USD 9..Which is akak Pae ckp dlm 10usd..
* Jangan turn right n bukan Saigon Transport yang penjaga kaunter sangat rude dan taxi untuk 2 dewasa n 1 baby adalah USD 11..

TANH THU HOTEL
Terletak betul-betul di Bent Tanh market dan pasar malam..
So tidak perlu ambil teksi lagi..
Boleh berjalan kaki saja..

Depan dan tepi hotel..
Ada restoran hjh Basyiroh..
Dan depan hotel ada satu lagi restoran makanan halal yang nampak macam eksklusif sikit..
Makan?
Memang mahal..
Tapi aku suka mee sup sini..
Coffe sini pon..
Sedapppp sangattt...
Coffee jual atas motor je pon..
Dan betul betul depan Tanh Thu Hotel ni..
Dan brother yang jual tu hendak ajar kami buat coffee sedap macam mereka punye..
Sebab kata saya coffee tu sedap sebab susu sini lain.tapi katanya bukan! Teknik dan kaedah kena betul dan katanya Malaysia susu pekat Malaysia pon sedap..
Die yg sebelum ni pernah kerja di Shah Alam setahun dan fasih berbahasa Melayu..(mostly kat sini fasih berbhs Melayu)..
*dengan syarat beli coffee dulu..huhu..
Agak dah!!..

Sebelah dan depan hotel penuh kedai kain baju dan sangat meriah..
Harga tersangatlah murah..

Pasar malam gerai no A11..
Jual telekung dan cotton..
Abang Jasmani..
Pernah belajar pondok di Terengganu..
Melayu Champa dan sangat fasih berbahasa Melayu..

Beg Deuter -fake dengan harga RM40 saja..
Fridge magnet..
1st time tanya di gerai di pasar malam 200000 VND untuk 10 pcs.. Convert dlm rm30..gile mahal..
Gerai sebelah gerai jasamani RM10 dan RM12 setiap 1 10 pcs dan kami ambil 2 papan (20 pcs)..
Ingat nak beli 4 papan tapi suami tegah..
Katanya kita tengok di Bent Tanh nanti..
Then dekat lebih kurang 135 degree dr hotel hanya RM6 dan RM8 saja untuk 1 papan seperti yang tadi..
Aih...
Pengajarannya.. Ronda dulu jangan terus beli..

Okay..
Esok bercadang ke Dan Sinh Market untuk suami dapatkan barangan tentera kesukaan nya..

Bye:-)
Semoga bermanfaat..

Saturday, January 11, 2014

.::Versi Saya-Prosperity Burger::.


Assalamualaikum..
Galak sungguh meng update blog malam ini..
Esok kerja lah sungguh pun esok hari Ahad..
Mak cakap lama-lama nanti biasa lah tu..

Bila dah dekat nak Tahun Baru Cina ni..
Rangkaian Mc Donald akan tambah menu Prosperity Burger..
Last sekali kami makan dua tahun lepas -kalau tidak silap-
Jadi hari ini saya mencuba untuk buat Prosperity Burger versi saya sendiri..
Homemade roti dan juga black pepper sauce..

Homemade memang selalunya puas hati.. ;-)
Resepi saya ambil dari blog Azlita Aziz..dan ada olahan sedikit..
Terimakasih Puan Azlita Aziz..

Oleh sebab saya sudah tidak larat..
Jadi saya letakkan gambar dulu ya..
Esok atau bila ada kesempatan..
Saya update resepinya..

Jadi..
Tarraa..


Inilah santapan kami-saya dan suami- dinner hari ini.
Untuk anak bujang kami saya masakkan tomyam..
Hurm..anak bujang sorang itu memang suka lauk-lauk yang berkuah ini..
Alhamdulillah..
Berselera..
Rezeki kurniaanNYA..

Risau ke nak makan takut berat badan makin bertambah?
Jangan risau.. Shaklee menyediakan SET SLIMMING LENGKAP untuk anda yang sedang berdiet sekarang.,
Siapa boleh tahan kan dengan makanan yang lazat dan enak..

 Harga menarik untuk anda..
Hubungi saya segera di 019.619.2219 (Siti)

.::Kesukaan Saya-Melty Cheese::.

Assalamualaikum,
Alhamdulillah..
Masih lagi diberi kesempatan untuk bernafas dan merasai nikmat kehidupan..

Malam-malam hari..
Membuat melty cheese..
Sudah lama mahu buat,..
Asyik tangguh dan tertangguh saja..
So malam ini kena buat jugak..
Sebab whipping cream dan nak expired..
Gila! mahu biar ia expired.. Mahal tu..

So mulakan projek membuat melty cheese..

Ramuan
500 gm cream cheese-saya guna tatura..

500 ml whipping cream

300 ml susu pekat(kalau suka manis lebihkan)

Sesudu kecik esen vanilla..

Lapisan
Biskut yang dihancurkan/kisar kering (Meri..oreo..etc)
Sos coklat pekat.. (Saya guna brand DELL sebab nak guna herseys macam tidak jumpa tanda halal)
Melty cheese


Kaedah
Kisar semua bahan di atas pada kelajuan sederhana..
Kisar sehingga ia kembang..
Kemudian masukkan dalam bekas.. 
Selang selikan dengan boskut hancur dan sos coklat
   - Serbuk biskut
   - Cheese yang telah di mixkan tadi..
   - Sos coklat..
   - Cheese..
Melty cheese

*Pada lapisan atas boleh parut cheddar cheese / parutan coklat.
(Ikut citarasa dan budget anda) :-)
Melty cheese

Kemudian masukkan dalam peti ais.
Disebabkan saya ini seorang yang tidak sabar, jadi saya buat malam hari dan pagi esok   bolehlah makan :-)

Cubalah :-)


.::Roti Jala Lagi::.

Assalamualaikum,

Alhamdulillah..Mood memasak saya memang pada tahap maksima kebelakangan ini.
Jadi saya teringin mahu makan roti jala.
Mulanya saya masakkan nasi lemak dan kari ayam (yang biasa saya makan di Pagoh-Nasi lemak+kuah kari)..
Jadi lebihan karinya saya buat lah roti jala..
Untuk kali ini, saya buat dua versi-kuning  & hijau :-)
Untuk resepi roti jala ini.. Boleh lah rujuk di SINI..



Mudah..cepat dan sedap..
Cubalah :-)

.::HomeMade Pizza::.

Assalamualaikum..

Okay..sudah lama hendak update pasal pizza yang saya buat sendiri ini..
Resepinya dapat dari Kak Salina..
Sedap.. tapi dohnnya macam kurang masak sikit..
Mungkin next time saya kena bake doh dulu..


Resepi Pizza
Oleh : Kak Salina Zakaria
Terima kasih kak..

550g tepung gandum 
120 ml air 
100 ml susu pekat 
100 ml minyak masak 
Telur sebiji 
Garam secukup rasa 
Yis 11gram 

Cara-cara 
Campurkan semua bahan uli sampai lembut...sebati..
paling tidak stgh jam...
perap dia 1 jam sampai 2x ganda..
ttp ngan kain lembab...
** Sos topping guna yang sos spageti tradisional.... 
Untuk topping tak kisah.. mana-mana dan apa-apa yang anda gemar..
Ayam/tuna/sosej etc.
Topping sosej dan jejari ketam.


Topping Tuna

Selamat mencuba:-)

Wednesday, January 8, 2014

.::Kerja & Solat::.

Assalamualaikum

Kerja dan Solat?
Mana yang MESTI diuatamakan?
Secara teorinya, jawapan sudah tentu lah solat kan?
Tapi amalinya?

Solat..solat..solat..
Sudah dijanjikan Allah..
Siapa yang solat.. Akan berjaya..

Hayya Alassolah.
Hayya Alalfalah...
Marilah solat..
Marilah menuju kejayaan..
Janji Allah..

Allahuakhbar..

Perlukah hentikan kerja untuk tunaikan solat?

Lupakah kita kepada Ar Razzaq (Maha Pemberi Rezeki)?
Lupakah kita kepada Raqib dan Atid malaikat yang setia kiri dan kanan?

Mazhab Syafie: 
Disunatkan menyegerakan solat semuanya kecuali Zohor, disunatkan menunggu sedikit redup dan kurang panasnya. Pandangan ini berdasarkan sabda Nabi SAW bersabda.
 Ertinya : "Tangguhlah sehingga sejuk bagi solat zohor, kerana kekuatan panas (matahari) adalah dari bahang neraka jahannam." ( Hadith Shohih riwayat Al-Bukhari)

Maka nikamt Allah yang manakah yang layak kita dustakan?

Wednesday, January 1, 2014

.::Roti Jala::.

Assalamualaikum..

Roti Jala ini saya buat sehari selepas beli acuan tersebut dari Daiso Melaka..
Resepi dari blog Khairul Anuar.
Terima kasih;-)

Bahan-Bahan
1. Secawan gandum.
2. 150ml susu segar
3. 150ml air
4. Sebiji telur ayam.
5. Sedikit serbuk kunyit.
6. Sedikit garam.

Cara-caranya
1. Masukkan bahan 2-6 ke dalam blender dan blendkan.
2. Masukkan gandum kedalam blender dan blendkan lagi.
3. Kemudian tapis dan masukkan ke dalam acuan.
4. Rata-rata kan ke atas non stick pan.
5. Bila dah masak gulung-gulungkan.
6. Sedia untuk dihidang.
7. Lagi sedap cicah dengan kari ayam / daging♡.

Cubalah♡

Regards
Siti Zaleha Wahid

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails